Koleksi Ucapan Pantun Ramadan Dan Selamat Berpuasa Tahun 2024

Ucapan Pantun Ramadan Dan Selamat Berpuasa Tahun 2023

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan bagi menyambut kedatangan Ramadan 2024 yang mana bermulanya amalan berpuasa dan salah satunya adalah kongsikan ucapan dalam bentuk yang unik seperti pantun Ramadan.

Dengan cara ini, sedikit sebanyak akan memberikan kesan positif, gembira ketika masuk Ramadan terutamanya untuk umat Islam. Dengan ucapan pantun ini juga diharapkan anda mampu menjalani ibadah dengan baik selama satu bulan penuh.

Bukan itu sahaja, mungkin dengan pantun Ramadan ini dapat memberikan dan meningkatkan kasih sayang antara rakan taulan atau sesama ahli keluarga yang tersayang. Dapat memaafkan antara satu sama lain sebelum masukknya bulan Ramadan.

Bulan Ramadan 2024/1445H Di Malaysia

Mengikut kalendar Islam 1445H, umat Islam di Malaysia akan menyambut awal Ramadan pada 12 Mac 2024 iaitu pada hari Selasa yang juga bersamaan dengan 1 Ramadan 1445H. Pada malam 11 Mac, umat Islam sudah mula mendirikan solat sunat tarawih.

Tambahan lagi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang berpakaian melayu lengkap berwarna pink juga telah mengumumkan secara rasmi umat Islam di Malaysia akan berpuasa bermula 12 Mac 2024.

Jadi dengan ketibaan bulan Ramadan ini, kita sebagai muslim seharusnya menyambut dengan gembira kerana didalamnya mempunyai rahmah dan keberkatan. Selain itu juga, pada bulan Ramadan akan dibuka pintu-pintu syurga oleh Allah SWT.

Senarai Ucapan Pantun Ramadan Dan Selamat Berpuasa Tahun 2024

Jadi disini dikongsikan antara koleksi dan senarai ucapan dalam bentuk pantun sempena Ramadan dan bulan berpuasa yang anda boleh gunakan untuk dikongsikan kepada orang ramai menerusi media sosial.

Pantun Ramadan 1

Sungguh harum daun pandan,
Buah kurma dari Makkah,
Marhaban ya Ramadan,
Bulan suci penuh berkah.

Pantun Ramadan 2

Jadi teladan untuk belia,
Bila berkata mesti berani,
Bulan Ramadan bulan mulia,
Latih kita jasmani rohani

Pantun Ramadan 3

Pergi kedai beli kelapa,
Dikupasnya pada hari Selasa,
Janganla pula buat-buat lupa,
Khamis ini dah mula puasa.

Pantun Ramadan 4

Marhaban Ya Ramadhan,
Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,
Dahannya Patah Tolong Betulkan,
Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,
Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan.

Pantun Ramadan 5

Di Pulau Pandan menebar pukat,
Tempat berkelah pilihan cuti,
Bulan Ramadan bulan berkat,
Berpuasalah seikhlas hati.

Pantun Ramadan 6

Ambil pandan di waktu pagi,
Penambah rasa aroma masakan,
Bulan Ramadan kembali lagi,
Selamat berpuasa saya ucapkan.

Pantun Ramadan 7

Solat terawih di bulan Ramadan,
Ibadah sunat selepas puasa,
Suci dalam luar dan badan,
Tingkat takwa iman perkasa.

Pantun Ramadan 8

Makan roti jangan berlari,
Kalaulah jatuh kita yang rugi,
Bersihkan hati sucikan diri,
Sambut Ramadan sebentar lagi.

Pantun Ramadan 9

Masak ikan pakai bumbu,
Ikan dimakan pakai lalapan,
Bulan puasa sudah di ambang pintu,
Khilaf dan salah mohon dimaafkan.

Pantun Ramadan 10

Senyum manis gadis desa,
Kasih sayang tanpa terasa,
Membersihkan jiwa segala dosa,
Selamat menunaikan ibadah puasa.

Pantun Ramadan 11

Pagi hari emak buat kuih,
Tak sempat sambung minggu depan,
Waktu Malam solat tarawih,
Buat dua puluh atau lapan.

Pantun Ramadan 12

Masyarakat madani satu negara,
Bertekad maju berjalan searah,
Bulan Ramadan disambut segera,
Sampai waktu jangan berlengah.

Pantun Ramadan 13

Anak melayu mengail ikan,
Perahu berlabuh ditengah lautan,
Sambil menunggu datangnya Ramadan,
Mohon maaf saya sampaikan.

Pantun Ramadan 14

Bedil berbunyi dari Bukit Putri,
Tanda tiba waktunya imsak,
Mulut berpuasa umpama kasturi,
Melaksakan ibadah pada yang Hak.

Pantun Ramadan 15

Pokok senduduk di tanah seberang,
Tumbuh subur di tepi jalan,
Ramadan kini sudah menjelang,
Ayuh kita tingkatkan amalan.

Diucapkan Salam Ramadan dan Selama Berpuasa kepada semua!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post