Drama Kerasnya Takdir - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Kerasnya Takdir di TV3

Saksikan drama terbaru Kerasnya Takdir yang akan menemui penonton mulai 22 April 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 atau boleh juga tonton secara online dan On Demand di watch.tonton.com.my

Drama 28 episod yang diinspirasikan daripada novel 'Kerasnya Takdir' karya Haitun Kamarazaman ini merupakan terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emi Suffian dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Kerasnya Takdir ini seperti Amyra Rosli, Redza Rosli, Rita Rudaini, Kartina Aziz, Ungku Hariz, Azlee Khairi, Zarynn Min, Mia Nasir, Husna Mustaffa, Natasya Mahyan, Azrel Ismail, Halim Radzi, Dayang Fajra Nadifa dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amyra Rosli sebagai Intan Najiha
  • Redza Rosli sebagai Syed Munir
  • Dayang Fajra Nadifa sebagai Syarifah Saleha
  • Kartina Aziz sebagai Sharifah Aminah
  • Rita Rudaini sebagai Sharifah Mastura
  • Azrel Ismail sebagai Athif
  • Azlee Khairi sebagai Syed Murad
  • Ungku Hariz sebagai Nik Fazril
  • Natasya Mahyan sebagai Umairah
  • Badrul Mat sebagai Dieli Jabar
  • Halim Radzi sebagai Farouk

Sinopsis Drama Kerasnya Takdir

Drama Kerasnya Takdir mengisahkan tentang perkahwinan antara Jiha dan Munir yang mendapat bantahan daripada kedua-dua keluarga mereka kerana dikatakan pilihan Munir tersebut tidak sesuai kerana Jika dari kelas bawahan dan hanya menguruskan sebuah kedai.

Ibunya berharap anaknya, Munir untuk mewarisi syarikatnya dan juga berkahwin dengan pilihan calon menantunya iaitu Emilia. Akhirnya tidak kesampaian apabila anaknya tersebut memilih Jiha daripada segalanya.

Kehidupan Munir dan Jiha musnah selepas Munir terlibat dalam kemalangan dan anak mereka pula diculik secara misteri. Jiha telah dituduh berzina dan keadaan mentalnya juga tidak stabil selepas kehilangan Munir dan anak mereka.

Selepas 6 tahun, Jiha bertemu semula dengan Munir apabila dia terjumpa anaknya yang sudah lama hilang. Adakah cinta mereka akan bertaut kembali ataupun Munir sudah meneruskan kehidupannya? 

Drama Kerasnya Takdir di TV3

Drama Kerasnya Takdir di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post