Drama Presiden Kampung Morten Di Tonton

Drama Presiden Kampung Morten Di Tonton

Saksikan drama original Presiden Kampung Morten yang akan menemui penonton mulai 17 April 2023, bersiaran setiap hari yang akan ditayangkan secara eksklusif di portal watch.tonton.com.my atau aplikasi Tonton secara percuma.

Drama 10 episod (episod baru setiap hari) ini merupakan terbitan syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Harris Fadzillah dengan nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Sinopsis Drama Presiden Kampung Morten

Drama Presiden Kampung Morten menampilkan barisan pelakon seperti Didie Alias, Ozlynn Waty, Bell Ngasri, Jaafar Onn, Ieda Moin, Alif Muhaimin, Sheila Mambo, Seha Monica, Ucop Cucupak, Norman Hakim, Chacha Maembong dan ramai lagi.

  • Didie Alias sebagai Kiambang
  • Ozlynn Waty sebagai Manisah
  • Bell Ngasri sebagai Man Tapau
  • Jaafar Onn sebagai Tok Ketua
  • Ieda Moin sebagai Kiah Tumus
  • Alif Muhaimin sebagai Hassan
  • Sheila Mambo sebagai Che Embun
  • Seha Monica sebagai Mak Tun
  • Ucop Cucupak sebagai Pak Sood
  • Norman Hakim sebagai Mudim Sado
  • Chacha Maembong sebagai Gadis Cantik

Ianya mengisahkan tentang ragam Manisah dan Kiambang yang ingin merebut jawatan presiden Persatuan Wanita Kampung Morten, sebuah persatuan yang aktif memperjuangkan nasib penduduk wanita di kampung mereka yang bernama Kampung Lemak Manis.

Kewujudan persatuan tersebut telah berjaya mengurangkan kes penganiayaan wanita pelbagai peringkat umur sehinggakan jejaka yang berada di kampung tersebut berasa takut dan tidak berani untuk menyakiti mereka kerana bimbang akan diserang oleh ahli-ahli persatuan berkenaan.

Konflik bermula apabila Manisah tidak berpuas hati dengan nasib menimpa ibunya, Che Embun yang telah dilucutkan jawatan sebagai presiden persatuan tersebut selepas dituduh terlibat dalam skandal dengan Tok Mudim Sado.

Berita yang tidak benar itu sebenarnya telah pun disebarkan Naib Presiden ketika itu, Kiah Tumis yang membawa kepada pelantikannya sebagai presiden Persatuan Wanita Kampung Morten yang baharu.

Pelantikan Kiah sebagai presiden yang baharu juga telah menyebabkan Kiambang yang merupakan orang kanan kepada Kiah dilantik sebagai Naib Presiden yang baharu.

Perkara ini menyebabkan Manisah tidak berpuas hati dan ingin menuntut bela kejadian yang menimpa Che Embun dengan merampas kembali hak ibunya.

Namun, perkara tersebut tidaklah mudah kerana Kiah yang telah menyandang jawatan tersebut selama dua tahun berturut-turut begitu bagus dalam menjalankan tugasnya.

Jadi, apakah strategi yang akan digunakan Manisah dan adakah dia berjaya untuk merampas takhta ibunya yang telah dirampas sebelum ini?

Drama Presiden Kampung Morten Di Tonton

Drama Presiden Kampung Morten Di Tonton

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post