Filem Bas Terakhir Malam Raya Di Astro First

Filem Bas Terakhir Malam Raya Di Astro First

Saksikan filem Bas Terakhir Malam Raya yang akan menemui penonton mulai 21 April 2023 (malam raya), Jumaat yang akan ditayangkan di pawagam rumah anda Astro First 480 dan Astro Go. Anda boleh tonton filem ini 48 jam secara berulang-ulang dengan sewa RM15.00.

Supertele atau filem yang dibawakan sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan bersama Silent Kaiju Studio, Floor 88 dan Motio Studio. Ianya diarahkan oleh Irwan Rauf dan Eric Fuzi dengan nukilan skrip daripada Zuli Ismail.

Sinopsis Filem Bas Terakhir Malam Raya

Filem Bas Terakhir Malam Raya menampilkan lakonan daripada ahli kumpulan Floot 88 seperti Ayie Elham, Eric Fuzi, Amirul Affeq (Amir), Zai Hamzah (Achoi), Faliqe Ghazali dan Akram.

Selain itu, turut dibantu oleh Syasya Rizal (Dolla), Joey Daud, Hawa Rizwana, Amir Masdi, Datuk Syafinaz Selamat, Ropie, Vicha, Munaa Bella, Erin Malek, Bidin AL Zaifa dan ramai lagi.

  • Ayie Elham sebagai Kader
  • Eric Fuzi sebagai Fuzi
  • Achoi sebagai Hamzah
  • Syaya Dolla sebagai Melati
  • Hawa Rizwana sebagai Mariah

Ianya mengisahkan tentang sekumpulan anak muda iaitu Kadir, Fuzi, Hamzah, Ghazali, Puad, Che Bob dan Kadir yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya.

Malangnya, pelbagai masalah menimpa menyebabkan mereka terpaksa membeli tiket bas daripada ulat tiket yang mempunyai misi rahsia tanpa mereka sedari.

Dalam perjalanan, Kadir bertemu dengan penumpang misteri, Melati yang mencipta huru-hara apabila bas itu rosak. Mereka cuba membaiki bas supaya dapat meneruskan perjalanan.

Keesokan paginya, mereka tiba di destinasi rahsia yang mereka semua mempunyai kenangan manis - Rumah Anak Yatim Cahaya Mak Inaz.

Filem Bas Terakhir Malam Raya Di Astro First

Filem Bas Terakhir Malam Raya Di Astro First

1/Post a Comment/Comments

  1. Mesti lawak cerita ni kan. Lama jugak Mrs. A tak langgan Astro 1st ni iklannya macam dah tenggelam

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post