Filem Satu Hari Sebelum Raya Di Astro First

Filem Satu Hari Sebelum Raya Di Astro First

Saksikan filem Satu Hari Sebelum Raya yang akan menemui penonton mulai 6 April 2023, Khamis yang akan ditayangkan di pawagam rumah anda Astro First 480 dan Astro Go. Anda boleh tonton filem ini selama 48 jam secara berulang-berulang dengan kadar sewa RM15.00

Supertele atau filem yang dibawakan sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan Syahmi Sazli Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh beliau sendiri, Syahmi Sazli dengan nukilan bersama daripada beliau dan Seni Bayan.

Sinopsis Filem Satu Hari Sebelum Raya

Filem Satu Hari Sebelum Raya menampilkan barisan pelakon seperti Wani Rohaimie, Yoe Parey, Samer, Asif Suhaimi, Hushairi Husain, Mustapha Kamal, Saiful Apek, Kamarool Yussof, Sheila Mambo, Atok Ayah Skoda, Anissa Faizul, Putry Mohd Cik Amie Ganster, Bedul, Badhri Radzi, Poyie Gasi, Emie Sukmasari dan ramai lagi.

  • Wani Rohaimie sebagai Ika
  • Yoe Parey sebagai Yoe
  • Samer sebagai Samer
  • Asif Suhaimi sebagai Asif
  • Hushairi Husain sebagai Yie
  • Mustapha Kamal sebagai Pakcik Arif
  • Saiful Apek sebagai Uncle Lim
  • Kamarool Yussof sebagai Ketua Kampung
  • Sheila Mambo sebagai Kak Dah
  • Tok Ayah Skoda sebagai Jali
  • Anissa Faizul sebagai Tiktoker
  • Putry Mohd sebagai Tiktoker

Ianya sebuah drama komedi yang mengisahkan tentang dua beradik miskin iaitu Ika dan Yoe yang ingin mendapatkan sepasang pakaian raya sehari sebelum perayaan.

Sepanjang perjalanan, mereka berhadapan dengan cabaran dan beberapa orang yang akan mengubah fikiran mereka. Sehinggakan Ketua Kampung pun tidak menghiraukan permohonan bantuan mereka.

Mampukah Ika menunaikan janjinya kepada sepasang pakaian raya untuk adiknya, Yoe? Nak tahu bagaimana mereka dapatkan sepasang baju raya, jangan lupa saksikanya di Astro First.

Filem Satu Hari Sebelum Raya Di Astro First

Filem Satu Hari Sebelum Raya Di Astro First

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post