Kenapa Solat Witir Ada Doa Qunut Selepas 15 Ramadan

Kenapa Solat Witir Ada Doa Qunut Selepas 15 Ramadan

Ini memang perkara biasa berlaku bila tiba hari ke-15 Ramadan apabila kita akan melaksanakan atau membaca doa Qunut dalam Solat Witir pada rakaat ketiga. Tapi kenapa? Apakah hukum melakukan alaman tersebut?

Kita semua tahu, biasanya kita lakukan bacaan doa Qunut adalah ketika Solat Subuh pada rakaat kedua. Setiap pagi kita akan amalkan seperti yang diajar dan iany amalan sunnah. Tapi bermula daripada 15 Ramadan setiap tahun, kita akan lakukan pula dalam Solat Witir yang biasanya tidak dilakukan pada hari-hari lain.

Doa Qunut

Qunut adalah perkataan dalam bahasa arab yang membawa maksud Taat, Khusyuk dan Berdiri Lama. Dalam mazhab Syafie ianya adalah amalan sunnah.

Ini adalah bacaan bagi doa Qunut sebagaimana yang terdapat di dalam Sunan Abi Daud:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu, sihatkan diriku di kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan. Tolonglah daku di kalangan mereka yang mendapat pertolongan-Mu. Berkatilah nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkaulah penentu dan tiada sesiapa yang berkuasa ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau muliakan dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci lagi yang Maha Tinggi”.

Jadi apakah hukumnya baca Doa Qunut dalam Witir ketika separuh Ramadan? Bagaimana jika tidak dilakukan?

Kenapa Solat Witir Ada Doa Qunut Selepas Separuh Ramadan

Di bulan Ramadan, kita sangat digalakkan untuk melakukan banyak amal ibadah terutamanya amalan-amalan sunat dan antaranya adalah melakukan bacaan doa Qunut ketika solat Witir 1 rakaat.

Ini adalah berdasarkan perbuatan Ali Bin Abu Talib bahawa dia tidak melaksanakan qunut melainkan pada pertengahan akhir bulan Ramadan dan melaksanakan setelah rukuk. - [HR Tirmizi 426]

Selain itu berkatan Imam Nawawi: Di dalam Mazhab Syafie sunnah berqunut pada rakaat terakhir daripada solat Witir di separuh akhir Ramadan. Ini merupakan pendapat yang paling masyhur di dalam mazhab. - (Majmu' Juz 14 m/s 4).

Cara membaca doa Qunut dalam solat witir adalah sama sahaja seperti membaca doa Qunut ketika solat Subuh. Sependek-pendek bacaan ialah dengan memuji Allah dan berdoa kepadaNya dengan sebarang lafaz yang dikehendaki seperti:

Allahumma ghfirli ya Ghafur maksudnya: Ya Allah ampunilah daku wahai Allah yang Maha Pengampun.

Akan tetapi adalah lebih afdahal dengan membaca doa berdasarkan apa yang terdapat dan diajar di dalam sunnah Nabi SAW.

Oleh yang demikian, di dalam Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, maka seharusnya kita menggunakan peluang yang ada untuk meminta keampunan kepada Allah

Penutup

Doa Qunut di dalam solat witir adalah amalan sunat yang anda boleh lakukan dan perbanyakkan di dalam bulan Ramadan. Jadi bukanlah berdosa jika anda tinggalkan, malahan akan mendapat pahala jika lakukannya.

Maka marilah sama-sama kita melaksanakan doa Qunut di akhir rakaat solat witir sama ada lakukan sendiri atau megaminkan ketika bersama imam. Semoga dengan amalan ini, Allah mengampuni segala dosa kita.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Kenapa Solat Witir Ada Doa Qunut Selepas 15 Ramadan"