Koleksi Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2023

Koleksi Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2023

Biasanya kita akan ucapkan selamat apabila tibanya Hari Raya Aidilftri kepada kenalan dan saudara. Tetapi selain daripada ucapan biasa, apa kata kita bagi ucapan yang lebih unik iaitu dalam bentuk pantun.

Dengan cara ini, sedikit sebanyak akan memberikan suasana lebih gembira lagi-lagi apabila tiba Syawal yang disambut setiap tahun bagi seluruh umat Islam di dunia termasuk di Malaysia. Dengan adanya pantun, suasan makin jadi lebih meriah.

Bukan itu sahaja, dengan pantun Raya ini juga akan memberikan dan meningkatkan kasih sayang sesama kita terutamanya untuk ahli keluarga yang tersayang.

Hari Raya Aidilfitri Dan Bulan Syawal 2023M/1444H Di Malaysia

Mengikut kalenda Islam 1444H, umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Syawal pada 22 April 2023 iaitu pada hari Sabtu yang juga bersamaan dengan 1 Syawal 1444H. Pengumuman rasmi juga telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada khamis.

Jadi dengan pemergian Ramadan, sedikit sebanyak akan dirindui dan berdoa supaya kita mampu untuk bertemu denganya lagi pada tahun akan datang.

Umat Islam juga disunatkan untuk bergembira apabila tibanya bulan Syawal sebagai tanda kesyukuran dan berdoa supaya segala amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah.

Senarai Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023

Jadi disini dikongsikan antara koleksi dan senarai ucapan dalam bentuk pantun sempena Hari Raya yang anda boleh gunakan untuk dikongsikan kepada orang ramai menerusi media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 1

Gemersik Takbir mengundang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Ucapan Raya Tanda Ingatan.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2

Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 3

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap hari dimaafkan.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 4

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 5

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 6

Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 7

Ramadan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Illahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 8

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Mesej dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 9

Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam sering berkunjungan,
Tahmid bertukar erti kemenangan,
Selamat Menyambut Hari Lebaran.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 10

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa di hati..

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 11

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan,
Salam Lebaran daku ucapkan,
Di Hari Raya saling bermaafan.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 12

Bertanjak indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri;
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 13

Jarang berhubung tiadalah lupa,
Tidak pudar walau sesaat,
Salam dihulur di alam maya,
Walaupun jauh terasa dekat.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 14

Bila baring terus terlelap,
Jangan sampai tidak bangun pagi,
Jika ada salah dan silap,
Jangan simpan di dalam hati.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 15

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari yang mulia,

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 16

Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilftri.

Ucapan Pantun Lawak Hari Raya Aidilfitri 2023

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 17

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Nak hantar kad raya tak sampai nanti,
Ucapan pantun aje pengganti diri.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 18

Mencari lemang di malam hari,
Raya terkejut tak tersangka lagi,
Berbahagia kita di Aidilfitri,
Saya ucapan untuk hari kemenangan ini.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 19

Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Awak cantik muka berseri,
Semoga pantun sampai ke hati.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 20

Pergi ke kedai membeli zaiton,
Zaiton membeli penambah rasa,
Kenapa abang baca macam pantun,
Baca je la macam biasa.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 21

Pergi ke kedai membeli roti,
Roti dibeli bersama kaya,
Yang dekat jaga diri, yang jauh jangan noty noty,
Saya sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 22

Jalan-jalan ke pekan rabu,
Singgah sebentar membeli ikan,
Saya cuma nak tahu,
Raya tahun ni awak single lagi kan?

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 23

Pulau Panda jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Makan sudah, salam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 24

Pergi ke hutan memburu rusa,
Memburu rusa bersama Pakya,
Kepada orang yang tak puasa,
Baik kau takpayah raya.

Ucapan Pantun Hari Raya Aidilfitri 25

Pergi ke kedai mencari gula,
Sampai ke kedai berjumpa Amin,
Selamat Hari Raya untuk semua,
Duti raya jangan lupa bank-in.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post