Tol Percuma Dan Cuti Tambahan Antara Pengumuman Khas Aidilfitri Daripada Perdana Menteri

Tol Percuma Dan Cuti Tambahan Antara Pengumuman Khas Aidilfitri Daripada Perdana Menteri

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila sebentar tadi, Perdana Menteri ke-10, Datuk Sri Anwar Ibrahim telah menyampaikan Pengumuman Khas Aidilfitri yang disiarkan secara langsung di media arus perdana.

Beliau telah mengumumkan beberapa insentif istimewa sempena Aidilfitri 2023. Menurutnya, bayaran tol di semua lebuh raya di seluruh negara akan diberikan secara percuma iaitu bermula 19 April hingga 21 April dan juga pada 24 April 2023 iaitu sempena Hari Raya.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan penambahan cuti am dimana sekiranya Hari Raya jatuh pada hari Jumaat, cuti tambahan adalah pada hari Isnin (24 April). Sekiranya Raya jatuh pada hari Sabtu, cuti tambahan adalah pada hari Jumaat (21 April). Pengumuman raya akan dibuat pada hari Khamis (20 April).

Keputusan ini adalah bagi memudahkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan untuk tol serta boleh membuat perancangan waktu yang sesuai untuk bergerak pulang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengumumkan harga barang mentah akan dikawal dengan lebih murah menggunakan harga Rahmah sempena sambutan Aidilfitri. Jadi rakyat Malaysua boleh beli barangan mentah dengan harga yang lebih rendah daripada biasa.

Bukan itu sahaja, Anwa Ibrahim juga mengumumkan pengurangan bayaran atau diskaun khas saman polis sempena Aidilfitri 2023. Kadar Bayaran Saman adalah bermula bermula pada 21 April hingga 21 Mei yang melibatkan semua sama trafik PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya.

Anda boleh lunaskan bayaran saman tersebut dengan harga RM50 sahaja dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk membantu rakyat Malaysia bagi mengurangkan kesulitan kewangan terutamanya bagi membayar saman dan kesalahan.

Selain itu juga, diumumkan juga Rumah Mampu milik untuk harga RM300,000 ke bawah dan diberi diskaun serta tambahan RM250 juta bagi baik pulih jalan-jalan persekutuan.



0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post