Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidilfitri Adalah Pada Sabtu, 21 April 2023

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 dan tarikh 1 Syawal 1444h

Selepas beberapa hari menunggu dengan penuh debaran, akhirnya tiba juga hari pengumuman rasmi tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H untuk tahun 2023 yang telah pun dibuat oleh penyimpan mohor besar Raja-Raja.

Melalui pengisytiharan yang dibuat oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad itu, umat Islam di seluruh Malaysia secara rasminya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu, 21 April 2023 bersamaan dengan 1 Syawal 1444H.

Pengumuman ini telah dibuat secara rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan :

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,”

Dalam pengumuman itu juga, beliau segak mengenakan sepasang baju melayu berwarna coklat.

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, nampaknya kita telah melalui siri raya yang unik. Bermula pada tahun 2020 apabila buat kali pertama tidak beraya seperti biasa apabila seluruh negara dilanda pandemik dan kita ada Raya PKP.

Kemudian pada tahun 2021, keadaan mula kembali pulih tapi masih dalam berjaga-jaga dimana kita beraya dalam keadaan Norma Baharu. Paling best adalah pada tahun lalu, 2022 apabila semua beraya dalam keadaan terkejut, dimana tarikh 1 Syawal jatuh lebih awal selepas anak bulan kelihatan.

Kini pada tahun 2023, ianya berlaku lagi apabila ramai yang confius dan tertanya-tanya adakah kita beraya pada hari Jumaat atau Sabtu. Persoalan ini timbul selepas beberapa hari ketika Ramadan berada di penghujung.

Kini selepas pengumuman rasmi yang dibuat pada khamis, 20 April yang lalu, segalanya telah terjawab. Kita di Malaysia melalui bulan Ramadan sebanyak 30 hari dan hari terakhir adalah pada 21 April 2023, Jumaat.

Jadi mana yang nak balik kampung, masih sempat dan jika berada dalam kesesakan jalan raya pun masih sempat untuk sampai ke destinasi. Berhati-hati semua.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca aimanabdullah.com

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post