Siaran Langsung Live JDT vs Kedah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live JDT vs Kedah Liga Super 2023

Perlawanan yang ditunggu-tunggu untuk minggu ini iaitu minggu kelapan Liga Super 2023 yang bakal mempertemukan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Kedah Darul Aman FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 9 April 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.

Pertemuan ini pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan untuk minggu ini. Jika sebelum ini kita sudah teruja dengan setiap aksi pasukan JDT dan kali ini ianya akan digarap dan ditambah lagi dengan pasukan lawan yang antara bakal mencabar takhta liga iaitu Kedah.

Tidak perlu lagi melihat kepada rekod lampau jika melibatkan pasukan JDT. Manakan tidak, sejak daripada tarikh pembukaan musim baru Liga Super ini, skuad Harimau Selatan menjadi satu-satunya pasukan yang hanya meraih kemenangan sahaja. Ini bermakna, mereka tidak pernah tewas atau seri dalam tujuh perlawanan awal ini.

Bukan itu sahaja, mereka bukan memenangi setiap perlawanan dengan keputusan yang biasa tetapi luar biasa. Disebabkan itulah, JDT merupakan satu-satunya pasukan yang telah menjaringkan lebih 30 gol setakat ini dengan purata 4 gol bagi setiap perlawanan yang dihadapi sebelum ini.

Kalau nak cakap lagi tentang statistik, hanya satu pasukan sahaja yang setakat ini membolosi gawang JDT iaitu Kelantan FC iaitu dengan 1 jaringan sahaja. Itupun hanya menerusi sepakan penalti. Kemudian tiada lagi jaringan yang berjaya dibuat oleh pihak lawan.

Selain Selangor, Kedah juga antara pencabar yang kini mengekori rapat pendahulu liga iaitu ditempat kedua dengan masing-masing 16 mata dan 21 mata. Dalam tujuh perlawanan awal ini, Kedah hanya tewas sekali dan seri sekali sahaja. Setakat ini juga, Kedah merupakan antara pasukan yang bolos paling sedikit iaitu sebanyak 5 gol sahaja.

Inilah yang dikatakan dengan battle of top of the league. Adakah JDT akan terus mendominasi perlawanan ketika berdepan Kedah seperti yang ditunjukkan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini? Adakah Kedah juga bakal menjadi mangsa seterusnya?

Atau adakah Kedah mampu memberikan sesuatu yang luar biasa ketika berhadapan dengan juara liga sembilan kali berturut-turut ini? Ini sekali gus dapat menghentikan sementara kehebatan pasukan JDT untuk musim kali ini? Nantikan...

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Penyokong lain terutamanya peminat bola sepak tempatan pasti teruja dengan perlawanan ini apatah lagi penyokong sendiri. Nak lebih menarik, anda semua perlu datan ramai-ramai ke stadium bagi menyaksikan aksi kedua-dua pasukan ini nanti. Mungkin ada penyokong Kedah yang akan turun ke selatan tanah air juga.

Jadi kalau semangat sahaja tak cukup, anda kena datang dan dapatkan tiket masuk ke stadium. Anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online sahaja menerusi www.tickethotline.com.my. Pastinya akan lebih memudahkan urusan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Kedah

Bagi yang jauh dan tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau! Perlawanan hebat ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv anda iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online menerusi Astro Go.

Bagi yang tiada astro, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming menerusi platform laman web dan aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90 sahaja.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Kedah Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kedah Darul Aman FC untuk aksi Liga Super 2023 LS8 yang mana ianya akan berlangsung pada 9 April ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim

Manakala untuk keputusan perlawanan ini, hanya akan dikemaskini selepas habis tempoh permainan 90 minit yang berlangsung pada malam tersebut. Anda akan ketahui keputusan penuh dengan bilangan jaringan gol serta senarai nama penjaring.

9 April 2023 (Ahad)

FT : JDT (6) - (0) Kedah

  • Fernando Forestieri 23'
  • Feroz Baharudin 48'
  • Bergson da Silva 53' (P)
  • Arif Aiman 77'
  • Leandro Velazquez 86'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post