Siaran Langsung Live JDT vs Kelantan United Ditunda Ke Tarikh Baru

Siaran Langsung Live JDT vs Kelantan United Ditunda Ke Tarikh Baru

Salah satu perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada minggu kesepuluh untuk aksi Liga Super 2023 ini iaitu antara Johor Darul Ta'zim FC dan Kelantan United FC ditunda ke tarikh baru.

Keputusan ini telah dibuat oleh pihak Malaysian Football League (MFL) dan telah memaklumkan berkaitan perubahan jadual tersebut pada 18 April yang lalu dan ianya termasuk pertemuan antara Terengganu FC dan Sri Pahang FC.

Seperti yang diberitahu, perubahan jadual ini dilakukan berikutan permohonan dan persetujuan kelab-kelab terbabit kepada MFL iaitu panggilan skuad bawah 23 tahun ke Sukan SEA Kemboja serta keperluan produksi dan penyiaran.

Untuk perlawana Terengganu menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang sepetutnya berlangsung pada 26 April yang lalu dan kini telah dipindah kepada tarikh baru iaitu pada 28 April 2023 jam 9.00 malam. Dianjak 2 hari daripada tarikh asal.

Siaran Langsung Dan Tarikh Baru Liga Super 2023 JDT vs Kelantan United

Manakala untuk perlawanan antara JDT dengan Kelantan United yang sepatutnya berlangsung pada 26 April sebelum ini di Stadium Sultan Ibrahim pula ditukar kepada tarikh baru iaitu pada 13 Mei 2023 (Sabtu) jam 8.15 malam.

Jadi untuk minggu kesepuluh ini, hanya berlangsung enam perlawanan sahaja dan untuk JDT vs Kelantan United akan diadakan 17 hari selepas tarikh asal sebelum pindaah. Seminggu selepas itu, akan bermula pula untuk saingan Liga Super 2023 untuk minggu kesebelas

Berikut merupakan jadual penuh untuk tarikh baru bagi kedua-dua pasukan yang bertanding.

13 Mei 2023 (Sabtu)

JDT vs Kelantan United

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Astro Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post