Siaran Langsung Live JDT vs Pahang Rangers Futsal Persabahatan 2023

Siaran Langsung Live JDT vs Pahang Rangers Futsal Persabahatan 2023

Untung orang Johor, selain bola sepak pada malam tersebut, mereka juga akan disajikan dengan aksi Futsal Persahabatan antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang Rangers yang bakal berlangsung pada 19 April 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Liga Futsal atau dikenali Malaysia Futsal Premier League (MFPL) 2023 kini berehat sebentar sepanjang bulan Ramadan. Jadi dalam tempoh ini, tiada perlawanan kompetitif yang diadakan dan perlawanan terakhir liga adalah pada 18 Mac yang lalu.

Jadi selesai bulan Ramadan, liga akan bersambung semula untuk baki perlawan yang mana jika mengikut jadual asal akan berakhri pada 5 Ogos 2023. Kedua-dua pasukan pastinya tidak sabar-sabar untuk kembali beraksi dalam kumpulang masing-masing.

Jika dilihat dalam rekod empat ke lima perlawanan awal, Pahang Rangers FC mengungguli carta dalam Kumpulan A dengan mata maksium iaitu 5 dan kini berada di tempat pertama. Manakala JDT di tempat kedua dengan mengumpul 9 mata di tempat kedua dalam Kumpulan B.

Perlawanan persahabatan ini pastinya menjadi medium terbaik untuk kedua-dua pasukan bagi mencari rentak permainan semula selepas berehat panjang. Disamping menjadi medan terbaik untuk persiapan bagi Pahang Rangers yang akan beraksi di kejuaraan AFF pada hujung bulan nanti.

Jika dalam saingan liga, kedua-dua pasukan ini pastinya tidak akan bertemu sesama mereka kecuali pada peringkat kalah mati kelak. Kali terakhir mereka bertemu juga menerusi perlawanan futsal persahabatan iaitu pada awal Februari yang lalu yang berkesudahan dengan keputusan seri 5-5.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Secara Online

Ini merupakan perlawanan persahabatan terbuka. Jadi orang ramai boleh datang untuk menyaksikan aksi futsal terhebat ini. Untuk orang Johor yang berminat dengan sukan futsal boleh la datang bagi berikan sorakan dan sokongan kepada pasukan kesayangan anda ini.

Anda boleh dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM13.60 untuk tiket terbuka dan RM23.60 untuk tiket grandstand. Harga adalah termasuk caj.

Siaran Langsung JDT vs Pahang Rangers Futsal Persahabatan 2023

Bagi saingan Malaysia Futsal Premier League (MFPL) 2023, penonton di rumah boleh saksikan secara langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau tontonan secara online di platform Astro Go.

Setakat ini, untuk perlawanan persahabatan futsal antara JDT dan Pahang Rangers ini tiada maklumat ditayangkan di saluran mana. Mungkin anda boleh saksikan di youtube rasmi JDT di www.youtube.com/@JDTTVofficial

Jadual Futsal Persahabatan 2023 JDT vs Pahang Rangers

Jadi untuk peminat futsal terutamanya bagi kedua-dua penyokong pasukan, jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan futsal Johor Darul Ta'zim vs Pahang Rangers FC pada 19 April ini, hari Rabu pukul 10.00 malam di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

19 April 2023 (Rabu)

FT : JDT (1) - (4) Pahang Rangers

  • Awalluddin 8'
  • Harith Naim 21', 36'
  • Mahadir Harahap 34'
  • Farhan Anuar 35'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang
Tayangan : JDT TV
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post