Piala FA 2023 kini sudah memasuki pusingan kedua iaitu pusingan 16 terbaik yang mana antara pasukan terlibat adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC dan PDRM FC dan bakal bersiaran pada 14 April 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri Johor.
Untuk pusingan 16 ini melibatkan 16 pasukan dan 8 perlawanan semuanya. Hanya 12 pasukan daripada Liga Super dan 4 pasukan daripada Liga M3 yang masih meneruskan cabaran kali ini. Pasukan manakah yang akan berjaya mara ke peringkat yang lebih jauh?
JDT sebagai penyandang juara untuk tahun 2022 pastinya tidak mahu berputih mata untuk tewas pada pusingan awal ini. Tambahan lagi mereka akan bertemu pasukan yang mempunyai banyak kejutan yang dibuat dalam saingan Liga Super terutamanya iaitu PDRM.
Kita juga sudah saksikan bagaimana JDT kini mendominasi di saingan liga dengan kemenangan kelapan berturut-turut dan mungkin PDRM bakal menjadi mangsa seterusnya amukan Harimau Selatan, tambahan pula bermain di tempat sendiri.
Ini merupakan pertemuan kali pertama kedua-dua pasukan dalam musim kali ini. Tetapi ianya tidak berhenti disini apabila mereka akan bertemua sekali lagi untuk minggu kesembilan Liga Super 2023 iaitu pada Rabu depan.
Untuk rekod, JDT telah memenangi Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2016 dan 2022 serta sekali ketika menggunakan jenama Johor iaitu pada tahun 1998. Adakah tahun juga merupakan tahun pasukan ini?
Manakala untuk PDRM, setakat ini mereka tidak pernah kecapi kejuaraan sejak Piala FA dipertandingkan iaitu pada tahun 1990. Pencapaian terbaik adalah berjaya mara ke peringkat suku akhir pada tahun 2016 yang mana ketika itu juga mereka tewas kepada JDT.
Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemua antara pasukan Kuching City dan Penang di peringkat Sruku Akhir. Pertembungan pasukan tersebut akan berlangsung pada keesokan harinya, 15 April iaitu bertempat di Stadium Negeri, Kuching.
Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium
Untuk pusingan kali ini, JDT telah diundi untuk menjadi tuan rumah dan melayan kunjungan PDRM di SSI. Jadi untuk penyokong semua, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium bagi memberikan lagi sokongan kepada barisan pemain yang beraksi di atas padang.
Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Boleh datang beramai-ramai selepas habis solat tarawih di masjid.
Siaran Langsung Piala FA 2023 JDT vs PDRM
Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang dan juga mereka yang ingin menonton di kaca tv, perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.
Untuk yang tiada astro, anda boleh live streaming dengan menggunakan platform web sooka.my atau aplikasi Sooka secara mudah alih. Anda boleh langgan untuk perlawanan ini sahaja dengan harga RM4.90 atau RM28.90 untuk pas bulanan bagi menyaksikan semua perlawanan Liga Malaysia.
Jadual dan keputusan JDT vs PDRM Piala FA 2023
Berikut merupakan jadual antara Johor Darul Ta'azim FC vs PDRM FC untuk aksi Piala FA 2023 Pusingan 16 yang mana ianya akan berlangsung pada 14 April ini, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail.
Perlawanan ini adalah format kalah mati dan tiada timbal balik. Jika tiada pemenang dalam tempoh waktu sebenar perlawanan, ianya akan dilanjutkan ke tambahan masa dan sehinggalah ke penentuan sepakan penalti. Keputusan akan dikemaskini apabila berkakhirnya perlawanan ini.
14 April 2023 (Jumaat)
FT : JDT (3) - (0) PDRM
- Bergson da Silva 3', 12' (P)
- Leandro Velazquez 27' (P)
*JDT berjaya mara ke pusingan Suku Akhir bertemu Penang
Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment