Siaran Langsung Live Kedah vs Penang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kedah vs Penang Liga Super 2023

Untuk hari kedua minggu ketujuh Liga Super 2023 akan diteruskan lagi dengan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman FC vs Penang FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 5 April 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Nampaknya derby Utara kini kembali apabila mempertemukan satu pasukan yang berpengkalan di Alor Setar dan satu lagi dari Pulau Pinang. Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan yang mana kali pertama adalah dalam Piala FA pusingan pertama yang mana telah berpihak kepada Penang dengan kemenangan menerusi sepakan penalti.

Kedah pastinya tidak mahu perkara itu terjadi lagi di tempat yang sama. Kedah juga sebenarnya antara pencabar utama kejuaraan ketika ini dimana hanya mencatatkan masing-masing dengan satu kekalahan dan keputusan seri sahaja.

Ditambah pula, Kedah kini berada di tempat kedua dengan 13 mata iaitu 5 mata kurang daripada pendahulu liga, JDT. Ini sediki sebanyak memberikan gambaran awal yang Kedah mampu mengharungi perlawanan kali ini dengan baik.

Penang juga pastinya tidak mahukan rekod kekalahan terus menghantui mereka selepas meraih kemeanangan sulung berhadapan Perak pada bulan lalu. Mungkin ramuan yang sama akan digunakan seperti di Piala FA bagi menumbangkan Kedah di halaman mereka sendiri.

Masing-masing inginkan kemenangan. Penang yang kini berada di tangga ke-9 dengan 5 mata juga tidak mahu terus ditinggal jauh oleh pasukan lain dan dengan tambahan mata pastinya dapat memperbaiki kedudukan selepas ini.

Kedah pula pastinya tidak mahu jauh ditinggalkan oleh JDT. Ingin terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga ketika ini dan mungkin tahun 2023 kita akan jumpa juara baru liga selepas 9 tahun didominasi oleh JDT.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi orang-orang utara semua, boleh la datang ke Alor Setar untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung di stadium. Sambil saksikan, sambil juga memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan masing-masing untuk beraksi dengan baik di atas padang.

Jangan lupa dapatkan tiket masuk ke stadium yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga RM18.60 untuk tempat duduk terbuka, RM28.84 untuk tempat duduk berbumbung dan RM39.14 untuk tempat duduk grandstant. Senarai harga ini sudah termasuk caj.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Penang

Bagi anda yang ingin saksikan di rumah menerusi kaca tv, anda boleh tonton secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau khusus untuk pengguna Astro boleh juga saksikan secara online di Astro Go.

Selain itu, perlawan ini turut disiarkan secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Kedah vs Penang Dalam Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kedah Darul Aman FC vs Penang FC untuk aksi Liga Super 2023 LS7 yang mana ianya akan berlangsung pada 5 April ini, dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Waktu sepak mula adalah sama untuk semua perlawanan sepanjang Ramadan.

Manakala untuk keputusan bagi perlawanan ini, kami akan kemaskini hanya selepas habis atau tamat permainan 90 minit yang berlangsung pada malam tersebut.

5 April 2023 (Rabu)

FT : Kedah (1) - (0) Penang

  • Willian Lira 64'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post