Siaran Langsung Live Kelantan vs Perak Liga Super 2023

Siaran Langsung Kelantan vs Perak Liga Super 2023

Antara perlawanan yang bakal berlangsung pada hari kedua Liga Super 2023 untuk minggu kesepuluh adalah pertemuan antara Kelantan FC dan Perak FC yang mana ianya akan berlangsung pada 28 April 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-TV di Kota Bharu.

Ini merupakan pertembungan bottom of table dimana kedua-dua berada di kedudukan empat terbawah dalam carta liga. Selepas sembilan perlawanan, Kelantan berada di tangga ketiga belas, manakala Perak kini berada di tempat kesebelas.

Kedua-dua pasukan menerima nasib dan keputusan yang sama dalam lima perlawanan terakhir mereka. Untuk Kelantan, mereka hanya seri sekali dan telah tewas sebanyak empat kali sebelum ini. Kali terakhir berjaya memperolehi mata adalah pada bulan Mac yang lalu ketika seri bertemu Kuala Lumpur.

Manakala untuk Perak, mereka juga seri sekali dan telah tewas sebanyak empat kali sebelum ini. Perlawanan sebelum ini, mereka berjaya mengekang kemaraan Negeri Sembilan apabila berjaya peroleh satu mata dengan keputusan seri yang diperoleh.

Dalam carta liga, mereka hanya dipisahkan dengan dua anak tangga dan juga dua masa sahaja. Jadi pertembungan ini pastinya menarik untuk disaksikan pasukan manakah yang berjaya bangkit bagi meraih mata maksimum selepas beberapa siri kekalahan sebelum ini.

Jika dilihat dari keadaan semasa, pastinya berkelebihan kepada pasukan tuan rumah iaitu Kelantan. Mereka akan bermain di tempat sendiri dan juga dihadapan penyokong setia mereka yang pastinya mampu menaikkan semangat para pemain.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk peroleh keputusan yang baik, penyokong tuan rumah juga perlu datang bagi memberikan sokongan kepada barisan pemain yang beraksi di atas padang supaya dapat memberikan aksi terbaik sekali gus peroleh kemenangan.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web di www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan vs Perak

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan antara Kelantan dan Perak ini yang ditayangkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Selain itu, anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming iaitu menerusi platform web di sooka.my atau di aplikasi mudah alih Sooka. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Kelantan vs Perak Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Kelantan FC vs Perak FC untuk aksi Liga Super 2023 LS10 yang mana ianya akan berlangsung pada 28 April ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam.

Untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini selepas habis dan tamat perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai nama penjaring yang terlibat.

28 April 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan (2) - (3) Perak

  • Shivan Pillay 14' (OG)
  • Yusri Yuhasmadi 35' (OG)
  • Luciano Guaycochea 45'
  • Che Suhairi 69'
  • Nurshamil Abd Ghani 90+4'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post