Siaran Langsung Live KL City vs PDRM Liga Super 2023

Siaran Langsung Live KL City vs PDRM Liga Super 2023

Raya sudah habis, now kita sambung semula Liga Super 2023 untuk aksi minggu kesepuluh dimana akan berlangsung perlawanan antaranya adalah antara Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC yang mana ianya akan berlangsung pada 27 April 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Cabaran pastinya lebih besar kali ini terutamanya selepas perayaan Hari Raya. Jika tiada disiplin yang kuat, melantak lemang sampai tak ingat dunia, mungkin persembahan dan stamina akan terganggu ketika perlawanan sebenar berlangsung.

KL City seperti kini berada di landasan yang betul apabila sudah meraih tiga kemenangan berturut-turut. Bukan itu sahaja, kemenangan tersebut adalah ketika bertemu pasukan yang lebih tinggi kedudukannya di dalam liga.

Setakat ini, KL City berada di tangga ketujuh selepas mengharungi lapan perlawanan dengan 12 mata iaitu kurang satu perlawanan berbanding pasukan lain. Mereka kini sudah memenangi tiga perlawanan, tiga kali seri dan dua kali tewas.

PDRM juga mempunyai rekod tiga kali berturut-turut tetapi dengan keputusan kekalahan. Nampaknya magis diawal musim sepertinya sudah sampai ke penghujung apabila menerima siri kekalahan bila berhadapan dengan pasukan lawan.

Setakat ini, PDRM berada di tangga kesepuluh selepas mengharungi sembilan perlawanan dengan 10 mata iaitu beza dua mata sahaja dengan KL City. Mereka kini sudah tewas sebanyak lima kali, seri sekali dan meraih keputusan menang sebanyak tiga kali.

KL City pastinya akan membawa momentum kemenangan sebelum ini bagi mengharungi perlawanan seterusnya. Ditambah lagi, mereka akan bermain di halaman sendiri serta penyokong yang tidak henti-henti berikan sokongan.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk penyokong tuan rumah terutamanya yang berada di Lembah Klang, jangan lupa untuk hadir ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Untuk info, ini merupakan perlawanan tersebut sebelum rehat bagi memberikan peluang untuk SEA Games Cambodia pada Mei ini.

Jadi jangan berlengah lagi, anda boleh dapatkan tiket masuk sekarang yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Selain itu, boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual pada hari perlawanan di perkarangan stadium.

Siaran Langsung Liga Super 2023 KL City vs PDRM

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan di rumah secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Selain itu, jika anda tiada Astro, anda boleh live streaming perlawanan ini menerusi platform web sooka.my atau menggunakan aplikasi mudah alih. Boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan Liga Malaysia 2023.

Jadual Dan Keputusan KL City vs PDRM Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara KL City FC vs PDRM FC untuk aksi Liga Super 2023 LS10 yang mana ianya akan berlangsung pada 27 April ini, hari Khamis bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan, akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut dengan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring bagi kedua-dua pasukan yang bermain.

27 April 2023 (Khamis)

FT : KL City (3) - (0) PDRM

  • Romel Morales 14'
  • Paulo Josue 22'
  • Tchetche Kipre 87'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post