Siaran Langsung Live KL City vs Perak Liga Super 2023

Siaran Langsung Live KL City vs Perak Liga Super 2023

Daripada tiga perlawanan untuk hari kedua minggu kelapan Liga Super 2023 dan salah satunya adalah pertemuan antara Kuala Lumpur City FC vs Perak FC yang mana ianya akan berlangsung pada 10 April 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Jika dilihat statistik untuk dua pertemuan terakhir mereka, nampakanya mungkin berkelebihan kepada KL City apabila berjaya memenangi satu perlawann dan seri sekali. Tapi jika dlihat prestasi semasa, sepertinya kedua-dua mempunyai peluang sama rata untuk meraih 3 mata.

KL City dalam lima perlawanan sebelum ini, telah tewas dua kali dan seri sekali serta meraih kemenangan sulung buat pertama kali ketika bertemu Sabah pada minggu lalu. Adakah ianya turning point untuk skuad The City Boys untuk bangkit sama seperti yang mereka lakukan pada musim lalu?

Tetapi jika melihat kepada rekod dan keputusan untuk pasukan Perak FC, sepertinya tidak jauh beza. Ini kerana dalam 5 perlawanan akhir sebelum ini juga, mereka hanya menang sekali dan tewas serta seri sebanyak dua kali.

Walaupun begitu, mereka hanya dipisahkan dengan 1 mata sahaja; KL City ditangga kesepuluh dengan 6 mata, manakala Perak peroleh 5 mata dan kini ditangga kesebelas. Tetapi KL City kurang satu perlawanan jika dibandingkan dengan pasukan lawan dan pasukan Liga Super yang lain.

Jika ingin dipilih pasukan mana yang bakal memenangi perlawanan ini, pastinya adalah berat kepada KL City. Momentum kemenangan sebelum ini, pastinya dikekalkan untuk perlawanan ini. Ditambah pula dengan bermain di tempat dan dihadapan penyokong sendiri. Pastinya akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk warga kota, jangan terlepas untuk datang dan saksikan aksi bola sepak di stadium pada malam ini. Penuhkan stadium dan berikan sorakan dan sokongan kepada para pemain untuk beraksi dengan cemerlang bagi menewaskan pihak lawan.

Sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM20 untuk tiket dewasa dan RM10 untuk tiket kanak-kanak. Jika anda ingin dapatkan tiket grandstand, anda boleh beli tiket di kaunter yang telah dibuka sejak 8 April lagi dengan harga RM40.00 sahaja.

Siaran Langsung Liga Super 2023 KL City vs Perak

Untuk yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, jangan risau. Anda boleh saksikan secara langsung di kaca tv yang akan dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (804) atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Untuk tontonan secara live streaming, anda boleh saksikan di platform laman web atau dengan menggunakan aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau dengan harga RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan KL City vs Perak Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara KL City FC vs Perak FC untuk aksi Liga Super 2023 LS8 yang mana ianya akan berlangsung pada 10 April ini, hari Isnin dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Manakala untuk keputusan perlawanan bagi bilangan jaringan dan senarai penjaring, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit dan masa tambahan pada malam tersebut.

10 April 2023 (Isnin)

FT : KL City (1) - (0) Perak

  • Sebastian Avanzini 45+3'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post