Siaran Langsung Live KL City vs Sabah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live KL City vs Sabah Liga Super 2023

Hari kedua minggu ketujuh Liga Super 2023 kali ini ada empat perlawanan dengan melibatkan 8 pasukan dan salah satunya adalah pertemuan antara Kuala Lumpur City FC vs Sabah FC yang mana ianya akan berlangsung pada 5 April 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Pada minggu lalu di tempat yang sama, KL City terpaksa akur apabila tewas dengan seteru Lembah Klang iaitu Selangor dengan jaringan 1-3. Manakala Sabah juga menerima nasih yang sama ketika bertemu JDT sebelum ini dengan leburkan rekod tanpa kalah awal musim dengan jaringan 0-4.

Sudah berlalu enam minggu dan KL City sudah menghadapi 5 perlawanan. Akan tetapi mereka sehingga kini masih belum berjaya mencipta kemenangan. Untuk statistik, KL City hanya berjaya seri tiga kali dan sudah tewas sebanyak dua kali.

Sedikit berbeza dengan Sabah. Walaupun mereka tewas dengan jaringan yang besar pada pendahulu liga sebelum ini, rekod sepanjangn musim ini sangat memberangsangkan. Mereka hanya tewas dan seri sekali sahaja serta telah menang sebanyak empat kali.

KL City dengan hanya memiliki 3 mata kini berada di tangga ke-12 daripada 14 pasukan kesemuanya. Manakala Sabah tetap gah berada di kelompok tiga teratas dengan 13 mata iaitu sama seperti pasukan Kedah.

Adakah masih ada sinar untuk KL City menjadi kemenangan sulung pada perlawanan ini jika melihat prestasi mereka kini? Adakah mereka akan mencipta kejutan menjadi pasukan kedua menumpaskan Sabah untuk musim terbaru ini.

Atau Sabah akan bangkit dan melupakan kisah duka di Stadium Sultan Ismail sebelum ini. Mungkin juga kebangkitan tersebut akan diterjemahkan ketika bertemu KL City nanti walaupun bermain di tempat lawan. Inilah bola sepak, tiada siapa boleh jangka.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Adakah penyokong-penyokong KL City mahukan prestasi pasukan terus hambar di awal musim? Anda mungkin menjadi pemangkin bagi jurulatih dan setiap pemain yang beraksi di atas padang. Dengan sorakan dan sokongan yang padu diberikan terutamanya ketika di stadium, pastinya dapat menaikkan semangat para pemain untuk memburu kemenangan.

Jadi jangan lupa datang ke stadium dan dapatkan tiket yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my dengan harga RM20 untuk tiket tempat duduk terbuka dan dan RM10 untuk tiket kanak-kanak. Tiket fizikal juga dijual di perkarangan stadium yang boleh dibeli pada hari perlawanan mulai 3.30 petang.

Siaran Langsung Liga Super 2023 KL City vs Sabah Liga Super 2023

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau! Ini kerana perlawanan ini juga anda boleh saksikan di rumah secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Serta boleh juga strim secara digital di RTM Klik.

Seperti biasa, jika anda sudah muat-turun aplikasi Sooka sebelum ini, anda boleh sahaja menggunakan platform tersebut untuk live streaming perlawanan ini. Tidak perlu langganan apa-apa kerana ianya ditayangkan secara percuma sahaja.

Jadual Dan Keputusan KL City vs Sabah Dalam Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertembungan antara Kuala Lumpur City FC vs Sabah FC untuk aksi Liga Super 2023 LS7 dimana ianya akan berlangsung pada 5 April ini, dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini selepas habis atau tamat perlawanan 90 minit yang berlangsung pada malam tersebut.

5 April 2023 (Rabu)

FT : KL City (2) - (0) Sabah

  • T. Saravanan 15'
  • Sean Giannelli 90+4'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post