Siaran Langsung Live Kuching City vs Kelantan United Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kuching City vs Kelantan United Liga Super 2023

Selepas hangat di hari pertama minggu ketujuh, aksi Liga Super 2023 untuk hadi kedua diteruskan lagi dan kali ini akan mempertemukan dua pasukan iaitu Kuching City FC dan Kelantan United FC yang berlangsung pada 5 April 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Negeri, Kuching.

Mungkin inilah dikatakan 'battle of bottom league' apabila kedua-dua pasukan ini merupakan penghuni dua tempat di kedudukan terkahir Liga Super iaitu Kuching City di tangga ke-13 dan Kelantan United di tangga ke-14.

Jika diambil 5 perlawanan terbaru tanpa melihat pada perlawanan pertama, Kuching City tidak meraih apa-apa mata sekali pun kerana mereka telah tewas pada kesemua perlawanan tersebut kecuali pada pada perlawanan pembukaan sahaja.

Bukan itu sahaja, sebenarnya Kuching City juga merupakan pasukan yang paling kurang sekali menjaringkan gol iaitu sebanyak 3 jaringan sahaja. Tidak boleh tidak, ketua jurulatih Irfan Bakti perlu berbuat sesuatu dalam perlawanan ini sebelum pihak pengurusan yang bergerak terlebih dahulu.

Kelantan United juga menerima nasib yang hampir sama dengan pasukan lawan. Selain berada di tempat tercorot, selain KL City, Kelantan United antara pasukan yang masih belum meraih nikmatnya kemenangan. Mereka hanya peroleh satu mata sahaja menerusi keputusan seri ketika bertemu Perak FC.

Tomas Trucha perlu berbuat sesuatu untuk perlawanan ini. Mungkin inilah peluang yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan pertama sekali gus dapat keluar daripada zon penyingkiran untuk terus bermain di Liga Super.

Walaupun begitu, perlawanan ini mungkin lebih memihak kepada pasukan tuan rumah. Ya, mereka akan bermain di padang yang mereka selalu gunakan, ditambah pula dengan penyokong sendiri yang pastinya lebih ramai. Sedikit sebanyak akan memberikan semangat dan kelebihan untuk Kuching City.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk penyokong-penyokong tuan rumah, datanglah beramai-ramai ke stadium untuk berikan sokongan dan sorakan kepada pasukan kesayangan anda bagi mencari tiga mata sekali gus mampu untuk memperbaiki kedudukan liga.

Anda boleh dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi pautan www.tickethotline.com.my dengan harga RM13.05 untuk tempat duduk terbuka dan RM18.05 untuk tempat duduk berbumbung. Ianya sudah termasuk caj. Untuk tiket fizikal juga dijual di kaunter Stadium Negeri mulai 5.00 petang.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Kelantan United

Untuk pertembungan kedua-dua pasukan ini, anda juga boleh saksikan siaran secara langsung yang akan ditayangkan di Astro Arena Bola 2 (CH804) atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langga pek Liga Malaysia sama ada untuk pas 1-perlawanan dengan harga RM4.90 sahaja atau pek bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Kuching City vs Kelantan United Dalam Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kuching City FC vs Kelantan United FC untuk aksi Liga Super 2023 LS7 dimana ianya akan berlangsung pada 5 April ini, dengan waktu sepak mula pada jam 9.15 malam bertempat di Stadium Negeri di Kuching.

Manakala untuk keputusan bagi perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini selepas habis atau tamat perlawanan 90 minit yang berlangusng pada malam tersebut. Jika tiada update, jangan lupa untuk refresh blog ini nanti.

5 April 2023 (Rabu)

FT : Kuching City (1) - (1) Kelantan United

  • Sirojiddin Kuzeiv 52' (P)
  • Asraff Aliffuddin 90+4'

Masa : 9.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri, Kuching
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post