Siaran Langsung Live Kuching City vs PDRM Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kuching City vs PDRM Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 untuk minggu keenam diteruskan lagi untuk hari kedua dan kali antara perlawanan yang berlangsung adalah melibatkan Kuching City FC dan PDRM FC yang mana akan berlangsung pada 1 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Negeri, Kuching.

Kedua-dua pasukan ini merupakan antara pendatang baru ke Liga Super kali ini. Tetapi sepertinya PDRM adalah pasukan yang lebih baik setakat ini jika dibandingkan dengan Kuching City hatta dengan pasukan-pasukan lain yang baru dinaikkan.

Kuching City sebagai tuan rumah bermula agak baik diawal musim apabila meraih kemenangan sulung ketika menentang Kelantan. Tetapi bertukar kelam apabila empat perlawanan seterusnya mereka mengalami kekalahan berturut-turut.

Disebabkan dengan prestasi tersebut, Kuching City kini menghuni tangga kedua tercorot iaitu di tempat ke-13 hanya berbekalkan dengan 3 mata sahaja sepanjang perlawanan Liga Super berlangsung untuk lima terawal.

Berbeza dengan PDRM yang pada awalnya tampak tempang apabila tewas dan kemudian hanya mampu meraih keputusan seri. Dengan semangat tidak mengaku kalah, PDRM telah memberi kejutan untuk minggu ketiga apabila berjaya menumbangkan pasukan gergasi Hijau Kuning di Darul Aman.

Siapa sangka, sebuah pasukan yang mempunyai fan base yang kecil jika dibandingkan dengan pasukan lain dapat mengalahkan sebuah pasukan ternama dan antara pencabar utama kejuaraan untuk musim kali ini. Dengan 7 mata, PDRM kini berada di tangga ke-7 dan mampu naik ke tempat kelima atau enam jika berjaya menewaskan Kuching City pada hari ini.

Kuching City pastinya tidak mahu luka merah kekalahan terus menghantui. Dengan kelebihan yang ada terutamanya bermain di halaman dan di hadapan penyokong sendiri, pastinya akan memberikan tonik tambahan kepada para pemain.

PDRM juga pasti tida mahu tewas dan keciciran mata lagi. Sekali pun tidak berjaya untuk menumpaskan pihak lawan, pastinya mereka akan cuba mempertahankan gawang gol dari dibolosi dan cuba untuk sekurang-kurangnya mencuri 1 mata.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Kuching City vs PDRM Dalam Liga Super 2023

Jadi jika anda tidak ingin melihat pasukan kegemaran anda tewas dalam perlawanan ini terutamanya bagi penyokong Kuching City, anda kena lah datang dan penuhkan stadium untuk berikan sokongan dan menjadi pemain ke-12.

Seusai siap tarawih, boleh datang ke stadium dan jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my dengan harga RM13.06 untuk tempat duduk terbuka dan RM18.05 untuk tempat duduk berbumbung.

Untuk yang nak dapatkan tiket fizikal, anda boleh dapatkan pada hari perlawanan iaitu bermula pada jam 4.00 petang yang mana ianya dijual di kaunter tiket di perkarangan Stadium Negeri.

Untuk tayangan di tv, perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau anda juga boleh tonton secara online di Astro Go hanya khusus untuk pengguna astro sahaja dengan percuma.

Jika tiada astro, anda boleh strim secara online sama menerusi laman web atau melalui aplikasi Sooka. Anda perlu langgan pek Liga Malaysia sama ada untuk pas 1-perlawanan dengan harga RM4.90 sahaja atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Jadi kepada semua pemina bola sepak tempatan khususnya peminat untuk kedua-dua pasukan yang bertanding ini untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Kuching City FC vs PDRM FC untuk aksi Liga Super 2023 LS6

1 April 2023 (Sabtu)

FT : Kuching City (0) - (1) PDRM

  • Bruno Suzuki 72'

Masa : 9.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post