Siaran Langsung Live Kuching City vs Penang Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Kuching City vs Penang Piala FA 2023

Satu lagi perlawanan yang berlangsung di Borneo selain pertemuan Sabah dan Kelantan United iaitu pertembungan antara Kuching City FC dan Penang FC yang mana ianya akan berlangsung pada 15 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Negeri, Kuching.

Ini merupakan pertemuan kali pertama dalam musim baru Liga Malaysia kali ini. Mereka masih belum bertemu sesama dalam saingan Liga Super. Walaupun begitu, minggu kesepuluh (LS10) nanti barulah mereka akan bertemua sekali lagi.

Berbeza dengan Kuching City apabila Penang sebelum ini perlu mengharungi pelbagai cabaran untuk sampai ke pusingan kedua ini. Mereka antara lapan pasukan yang terpaksa terlebih dahulu bermain di pusingan pertama dan ketika itu, mereka diundi bertemu Kedah.

Walaupun perlawanan tersebut dijangka akan memihak kepada tuan rumah, tetapi keputusan adalah sebaliknya apabila Penang berjay menumpaskan Sang Kenari dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 1-1 dalam tempoh perlawanan sebenar dan masa tambahan.

Kini Penang mara ke pusingan lebih jauh untuk bertemu pasukan yang berpengkalan di Sarawak dan pastinya akan menggunakan momentum tersebut untuk menumpaskan pihak lawan sama seperti yang digunakan sebelum ini.

Untuk rekod, Kuching City tidak pernah memenangi lagi kejohanan ini sejak ianya dipertandingkan. Walaupun begitu, pencapaian terbaik yang diperoleh mereka adalah ketika pada tahun 2019 apabila berjaya mara sehingga ke suku akhir.

Manakala untuk Penang, mereka pernah memananginya sekali iaitu pada tahun 2002 dan meraih gelaran naib juara sebanyak dua kali. Ketika itu, mereka masih menggunakan nama pasukan iaitu Pulau Pinang FA.

Pemenang untuk perlawanan ini pastinya akan berdepan dengan masalah apabila akan bertemu penyandang juara, JDT di pusingan Suku Akhir. Mereka baru sahaja menumpaskan PDRM semalam dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Masih tidak bolos.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Untuk warga Kuching dan yang berhampiran, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan semangat dan sorakan padu kepada pasukan anda bagi memberikan aksi terbaik di atas padang.

Jadi kena dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online iaitu menerusi www.tickethotline.com.my dengan harga RM13.05 untuk tiket terbuka dan RM18.05 untuk tiket berbumbung. Boleh juga dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium bermula pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Kuching City vs Penang

Untuk yang ingin saksikan di kaca tv, anda boleh tonton secara langsung menerusi saluran Astro di Astro Arena Bola 3 807 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro secara percuma.

Sebagai alternatif, anda juga boleh live streaming perlawanan ini menerusi platform web sooka.my atau di aplikasi mudah alih Sooka. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Kuching City vs Penang Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kuching City FC vs Penang FC untuk aksi Piala FA 2023 Pusingan 16 yang mana ianya akan berlangsung pada 15 April ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Negeri di Kuching.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula, akan dikemaskini selepas habis perlawanan. Tiada aksi timbal balik dan sekiranya tiada pememang dalam tempoh perlawanan sebenar, ianya akan berlanjutan ke masa tambahan dan sehingga penentuan sepakan penalti.

15 April 2023 (Sabtu)

FT : Kuching City (0) - (4) Penang

  • Soony Saad 10'
  • Rafael Vitor 48'
  • Hadin Azman 65'
  • Giovane Gomes 90+5'

*Penang berjaya mara ke pusingan suku akhir bertemu JDT

Masa : 9.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post