Siaran Langsung Live Kuching City vs Sri Pahang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kuching City vs Sri Pahang Liga Super 2023

Perlawanan Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu kesembelian dan antara pertemuan yang bakal berlangsung adalah antara Kuching City FC vs Sri Pahang FC yang mana ianya akan berlangsung pada 18 April 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Negeri di Kuching.

Ini merupakan perlawanan terakhir yang berlangsung dalam bulan Ramadan dan akan berehat sebentar untuk memberi ruang bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri. Untuk minggu kesepuluh, akan berlangsung bermula pada 26 April kelak.

Kedua-dua pasukan ini terlibat untuk perlawanan Piala FA 2023 pusingan 16 pada hujung minggu lalu. Serta kedua-duanya telah tumpas kepada lawan masing-masing dengan bilangan jaringan yang sama. Jadi sudah terhenti saingan mereka dalam kejohanan tersebut.

Jadi Kuching City pastinya akan lebih fokus untuk saingan Liga Super bagi mencari kemenangan selepas ini. Mereka kini masih berada di zon penyingkiran apabila hanya berjaya mengutip 4 mata daripada lapan perlawanan sebelum ini.

Manakal untuk Sri Pahang, mereka seharusnya lupakan kekalahan yang menimpa mereka sebelum ini dan perlu fokus kepada saingan Liga Super. Mereka masih memegang rekod pasukan tanpa tewas setakat ini dalam saingan liga bersama JDT. Kekalahan dalam Piala FA seharusnya dijadikan pengajaran dan biar tinggal di belakang.

Sri Pahang pastinya perlu perbaiki corak permainan selepas ini lebih-lebih lagi berdepan dengan pasukan yang lebih klinikal. Perlu ambil kesempatan terhadap Kuching City yang kini masih struggle untuk mencari rentak kemenangan hatta untuk menjaringkan gol sekali pun. Hanya 4 gol saya berjaya mereka hasilkan setakat ini.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Untuk warga Kuching, ini merupakan perlawanan terakhir untuk saingan Liga Super yang bermain dalam bukan puasa. Jadi sebelum ianya berlalu, boleh la datang buat kali terakhir dan merasai kehangatan ketika menyaksikan perlawanan dalam suasana yang tiada dibulan lain ini.

Jadi anda boleh mula dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Selain itu, anda juga boleh dapatkan tiket fizikal yang akan dijual mulai pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Sri Pahang

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Selain itu, anda juga boleh live streaming menerusi platform web di sooka.my atau menggunakan aplikasi Sooka di peranti anda. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Kuching City vs Sri Pahang Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kuching City FC vs Sri Pahang FC untuk aksi Liga Super 2023 LS9 yang mana ianya akan berlangsung pada 18 April ini, hari Selasa bertempat di Stadium Negeri di Kuching dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini, anda boleh dapatkan hanya selepas habis 90 minit perlawanan yang mana ianya akan dikemaskini dengan bilangan jaringan gol dan senarai penjaring.

18 April 2023 (Selasa)

FT : Kuching City (0) - (1) Sri Pahang

  • Azam Azih 57'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post