Siaran Langsung Bola Liga Super 2023 Malam Ini 18 April Hari Selasa

Siaran Langsung Bola Liga Super 2023 Malam Ini 18 April Hari Selasa

Minggu kesembilan Liga Super 2023 kini kembali semula dengan kesemua tujuh perlawanan bola sepak melibatkan 14 pasukan yang bakal berlangsung pada 18 dan 19 April 2023. Untuk malam ini, 18 April terdapat empat perlawanan sahaja berlangsung.

Perlawanan minggu ini merupakan yang terakhir berlangsung dalam bulan Ramadan. Walaupun begitu, selepas ini ianya akan berehat sebentar bagi memberu laluan kepada Perayaan Aidilfitri dan bersambung untuk minggu kesepuluh pada 28 April kelak.

Antara pertembungan yang menarik pada hari pertama ini adalah pertemuan antara Selangor FC vs Terengganu FC. Kita bakal lihat bagaimana bekas penyerang iaitu Faisal Halim yang pernah menyarung jersi Terengganu ini beraksi menentang pasukan lamanya di MBPJ.

Selain itu, kita juga bakal disajikan dengan pertemuan antara Kedah Darul Aman FC vs KL City FC yang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman. Adakah Kedah mampu untuk melupakan mimpi ngeri mereka ketika tewas bertemu JDT dengan jaringan besar dan seterusnya bangkit ketika menentang KL City nanti?

Kuching City FC akan melayan kunjungan Sri Pahang FC dalam misi memperbaiki kedudukan dalam liga. Sri Pahang seharusnya melupakan kekalahan yang menimpa mereka dalam saingan Piala FA baru-baru ini ketika bertandan di Kuching nanti.

Akhir sekali adalah pertemuan Penang FC vs Kelantan United FC yang bakal berlangsung di Stadium Bandaraya. Pasukan manakah yang mampu mencatatkan keputusan yang memberangskan dalam saingan kali ini?

Jadi untuk penyokong tuan rumah terutamanya, jangan terlepas untuk datang ke stadium bagi menyaksikan pemain-pemain daripada pasukan kegemaran anda beraksi sekali gus memberikan sokongan bagi memberikan semangat bagi meraih kemenangan.

Siaran Langsung Perlawanan Minggu Kesembilan Liga Super 2023

Kesemua perlawanan ini juga anda boleh saksikan secara langsung yang akan dibawakan ke kaca tv menerusi saluran RTM dan Astro sebagai penyiar rasmi untuk Liga Malaysia 2023.

Anda boleh tonton menerusi Astro Arena Bola 803, Astro Arena Bola 2 804 dan Astro Arena Bola 3 807 serta tontonan secara online di astrogo.astro.com.my khusus untuk pengguna Astro yang boleh digunakan secara percuma.

Untuk saluran RTM, boleh saksikan di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga strim secara online di laman web rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi RTM Klik.

Sebagai alternatif, anda juga boleh live streaming kesemua perlawanan ini meneruai platform web sooka.my atau di aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan dengan harga RM4.90 untuk satu perlawanan atau boelh langgan secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Minggu Kesembilan Liga Super 2023

Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa temu janji kita pada malam ini bagi menyaksikan empat perlawanan yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran yang telah ditetapkan.

Manakala untuk keputusan, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis 90 minit perlawanan pada malam tersebut dengan bilangan jaringan gol serta senarai nama penjaring.

18 April 2023 (Selasa)

Kuching City vs Sri Pahang

Masa : 9.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Kedah vs KL City

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka

Penang vs Kelantan United

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Selangor vs Terengganu

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post