Siaran Langsung Live Manjung City vs Kelantan Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Manjung City vs Kelantan Piala FA 2023

Antara empat perlawanan yang bakal berlangsung untuk hari pertama pusingan 16 Piala FA 2023 adalah pertemuan antara Manjung City FC vs Kelantan FC yang mana ianya akan berlangsung pada 14 April 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di Manjung Perak.

Manakala empat lagi perlawanan yang menjadikan kesemua lapan perlawanan untuk pusingan kedua ini bakal beraksi pada hari berikutnya iaitu pada 15 April 2023, hari Sabtu yang kesemuanya akan bermain dalam format kalah mati.

Manjung City selaku tuan rumah memiliki kelebihan sekali lagi sama seperti yang mereka lakukan pada pusingan pertama apabila berjaya mengalahkan Sains FC dengan jaringan 2 gol tanpa balas sekali gus bertemu Kelantan untuk pusingan seterusnys.

Jika dilihat daripada prestasi semasa, sepertinya kedua-dua pasukan memiliki kelebihan untuk lolos ke suku akhir. Dengan Kelantan yang kini sepertinya berada di situasi sukar apabila baru sahaja merehatkan ketua jurulatih yang lama dan melantik individu yang baru bagi membimbing pasukan tersebut ekoran prestasi hambar dalam kancah Liga Super.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan ketiga buat Manjung City dalam kancah Piala FA Malaysia dan kali pertama mereka beraksi adalah pada tahun 2019 yang mana ketika itu menggunakan nama Puchong Fuerza FC sebelum dijenamakan semula ke Manjung City FC pada tahun 2020.

Manakala Kelantan, mereka sudah memenangi piala berprestij ini sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2012 dan 2013 serta muncul naib juara sebanyak tiga kali. Pada tahun 2012, kita pernah lihat bagaimana pasukan The Red Warriors menjadi raja apabila memenangi trebel buat kali pertama untuk pasukan tersebut.

Adakah Manjung City akan menjadi pasukan pertama amatur yang akan mara ke pusingan suku akhir dengan mengalahkan Kelantan di halaman mereka sendiri? Atau adakah Kelantan tidak akan memberi peluang walaupun status kelab mereka lebih tinggi berbanding pihak lawan?

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu antara pasukan Terengganu dan Melaka di peringkat Suku Akhir. Pertembungan pasukan tersebut juga akan berlangsung pada hari dan waktu yang sama iaitu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Untuk pertemuan ini, orang ramai sudah boleh mula dapatkan tiket yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM11.60 sahaja. Harga sudah termasuk caj pemprosesan.

Bagi yang ingin dapatkan tiket fizikal, anda boleh dapatkan di Jabatan Perbandaharaan Majlis Perbandaran Manjung bermula 10 pagi pada hari perlawanan serta dijual di perkarangan stadium bermula pada 8 malam pada hari yang sama.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Manjung City vs Kelantan

Untuk mereka yang ingin saksikan perlawanan ini di rumah, anda boleh saksikan siaran langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 3 807 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro sahaja.

Sebagai alternatif, jika tiada akses Astro, anda boleh live streaming menerusi platform web sooka.my atau aplikasi Sooka. Anda boleh langgan untuk perlawanan ini sahaja dengan harga RM4.90 sahaja atau langgan secara bulanan untuk semua perlawanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Manjung City vs Kelantan Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Manjung City FC vs Kelantan FC untuk aksi Piala FA 2023 pusingan 16 yang mana ianya akan berlangsung pada 14 April ini, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Untuk pusingan ini, tiada perlawanan timbal balik. Sekiranya tiada pemenang dalam tempoh perlawanan sebenar, ianya akan dilanjutkan ke masa tambahan sehinggalah ke penentuan sepakan penalti. Keputusan penuh akan dikemaskini selepas tamat perlawanan.

14 April 2023 (Jumaat)

FT : Manjung City (0) - (3) Kelantan

  • Mario Arques 33'
  • Nuha Marong 59', 90'

*Kelantan berjaya mara ke pusingan Suku Akhir berdepan Terengganu

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post