Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs Kedah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs Kedah Liga Super 2023

Hari kedua untuk minggu kesepuluh Liga Super 2023 diteruskan lagi dan salah satu perlawanan yang bakal berlangsung adalah pertemuan antara Negeri Sembilan FC dan Kedah Darul Aman FC yang mana ianya akan berlangsung pada 28 April 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Ianya merupakan perlawanan terakhir sebelum rehat bagi memberi ruang untuk acara Sukan SEA Kemboja yang akan berlangsung pada Mei ini dan perlawanan seterusnya untuk minggu kesebelas adalah pada 19 Mei ini.

Dalam lima perlawanan terakhir, Negeri Sembilan nampaknya seperti berada dalam keadaan selamat apabila telah meraih 2 kali keputusan menang dan 2 kali keputusan seri. Hanya sekali sahaja tewas ketika berhadapan dengan Selangor.

Daripada lapan perlawanan dimana kurang satu perlawanan berbanding pasukan lain, kini mereka berada di kedudukan kesembilan di dalam carta liga dengan mengumpul 10 mata dan jika dibandingkan dengan Kedah, dibezakan dengan 6 mata sahaja.

Untuk Kedah, keadaanya seperit sedikit suram apabila dalam lima perlawanan terakhir, Sang Kenari hanya berjaya menang dua perlawanan, satu seri dan telah menerima dua kali kekalahan dan ianya berlaku dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Jika dilihat rekod semasa, kedua-dua pasukan sepertinya masih bergelut untuk mencari kemenangan sekali gus gagal mencapai mata maksimum. Adakah pertembungan kali ini akan ada kejutan yang dibuat daripada salah satu pasukan ini?

Kelebihan pastinya kepada pasukan tuan rumah. Kedah akan berkunjung ketempat lawan dan perlu berhadapan dengan penyokong tuan rumah yang mana mereka pastinya akan terus berikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk penyokong tuan rumah terutamanya yang berada di Paroi, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan anda.

Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal yang mula dijual pada hari perlawanan di perkarangan stadium

Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs Kedah

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang akan dibawakan terus ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Sebagai alternatif, anda juga boleh live streaming menerusi platform web sooka.my atau menggunakan aplikasi mudah alih di telefon pintar anda. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan Liga Malaysia 2023.

Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs Kedah Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Negeri Sembilan FC vs Kedah Darul Aman FC untuk aksi Liga SUper 2023 LS10 yang mana ianya akan berlangsung pada 28 April ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam.

Untuk anda yang ingin ketahui keputusan penuh, anda boleh dapatkan disini selepas habis perlawanan pada malam tersebut. Akan dikemaskini dengan bilangan gol yang dijaringkan serta senarai penjaring.

28 April 2023 (Jumaat)

FT : Negeri Sembilan (1) - (2) Kedah

  • Willian Lira 30', 72'
  • Zainal Abidin Jamil 35'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post