Siaran Langsung Keputusan Negeri Sembilan vs Kelantan Liga Super 2023

Siaran Langsung Keputusan Negeri Sembilan vs Kelantan Liga Super 2023

Antara tiga perlawanan yang berlangsung untuk hari kedua minggu keenam Liga Super 2023 adalah melibatkan dua buah pasukan iaitu Negeri Sembilan FC dan Kelantan FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 1 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kedua-dua pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing mempunyai misi untuk mendapatkan 3 mata dalam perlawanan ini. Jika lihat dalam kedudukan liga, mereka hanya dipisahkan dengan 1 mata sahaja. Negeri Sembilan di tempat ke-10 dan Kelantan di tempat ke-11.

Negeri Sembilan pastinya akan memburu lagi kemenangan selepas diperolehnya buat kali pertama pada perlawanan sebelum ini ketika menumbangkan Terengganu di halaman sendiri. Pada awal musim, prestasi agak suram sehinggalah dibelasah JDT dengan jaringan 7 gol tanpa balas.

Tetapi ketika itu, sepertinya skuad Jang Hobin tidak menoleh kebelakang dan terus melupakan episod duka tersebut apabila melayan kunjungan Terengganu sekali gus meraih kemenangan sulung dalam empat perlawanan awal liga.

Jika dilihat prestasi Kelantan juga sepertinya lebih kurang sama seperti Negeri Sembilan. Kelantan hanya meriah satu keputusan kemenangan iaitu ketika berdepan dengan Penang dan semuanya tewas iaitu sebanyak tiga kali dan seri sekali lagi pada perlawanan sebelum ini.

Masing-masing ada visi tersendiri. Negeri Sembilan pastinya tidak mahu berputih mata jika tewas kepada Kelantan. Mereka mempunyai kelebihan berbanding pihak lawan. Bermain di halaman sendiri dan di hadapan penyokong setia mereka.

Ini sedikit sebanyak akan memberikan tonik tambahan kepada semua para pemain yang bermain di atas padang bagi memberikan yang terbaik seterusnya memburu kemenangan demi mata yang penting untuk memperbiki kedudukan liga.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Kelantan Dalam Liga Super 2023

Jadi nanti dah siap solat tarawih, jangan lupa untuk beramai-ramai datang ke stadium bagi menyaksikan secara dekat seterusnya memberikan sokongan semangat kepada pemain-pemain bagi memberikan yang terbaik selama tempoh 90 minit permainan.

Bagi yang nak datang ke stadium, anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my dengan harga RM15.00 untuk tempat duduk terbuka dan RM9.00 untuk tiket kanak-kanak bawah 12 tahun.

Jika anda ingin dapatkan tiket berbumbung atau beli tiket fizikal, anda boleh beli di kaunter tiket perkarangan stadium serta wisma PNBS dengan harga yang sama dan untuk tiket berbumbung berharga RM30 sahaja.

Untuk mereka yang tidak sempat hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv yang akan dibawa menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Bagi yang tiada astro, jangan risau. Ini kerana perlawanan ini anda boleh saksikan secara live streaming sama ada menerusi laman web atau di aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek Liga Super sama ada pas 1-perlawanan berharga RM4.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90 sahaja.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khsusnya bagi peminat untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Negeri Sembilan FC vs Kelantan FC untuk aksi Liga Super 2023 LS6

1 April 2023 (Sabtu)

FT : Negeri Sembilan (4) - (2) Kelantan

  • Mahalli Jasuli 16'
  • Ismaheel Akinade 36' (P), 54'
  • Herold Goulon 38'
  • Shahrel Fikri 76'
  • Casagrande 89'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post