Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs Sabah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Negeri Sembilan vs Sabah Liga Super 2023

Minggu kelapan Liga Super 2023 masih belum tamat. Ada lagi tiga perlawanan yang bakal berlangsung dan salah satnya adalah pertemuan Negeri Sembilan FC vs Sabah FC yang mana ianya akan berlangsung pada 10 April 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Jika dilihat daripada rekod pertemuan terakhir, masing-masing pernah menang antara satu sama lain dengan jaringan 1-0 sahaja. Jika berpandukan rekod tersebut, kedua-duanya masih mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi pertemuan ini.

Sebenarnya bukan sahaja rekod pertemuan yang sama, tetapi keputusan yang diperoleh dalam lima perlawanan terkakhir sebelum ini juga merekodkan perkara yang sama. Kedua-duanya telah menang sebanyak dua kali, seri sekali dan tewas dua kali.

Negeri Sembilan sebelum tewas kepada Selangor pada minggu lalu, mereka sudah memenang dua perlawanan berturut-turut pada sebelumnya. Manakala Sabah hanya menang sekali sebelum ini selepas tewas dua kali berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Siapa sangka sebelum ini, Sabah merupakan antara pencabar takhta liga daripada JDT dan kini sudah turun ke tangga keenam dengan hanya mengumpul 13 mata. Ianya hanya dibezakan dengan tiga anak tangga daripada Negeri Sembilan yang kini mengumpul 8 mata.

Kedua-dua pasukan pastinya ingin mencari 3 mata dan meraih kemenang bagi mengembalikan semangat apabila tewas pada minggu lalu. Disamping itu, pastinya dengan mata tersebut dapat memperbaiki kedudukan liga untuk terus memberikan saingan bagi setiap pasuakn yang berada diatas.

Walaubagaimanapun, Negeri Sembilan pastinya berkelbihan apabila bermain di tempat sendiri. Bukan itu sahaja, mereka juga akan mendapat sokongan yang lebih terutamanya daripada penyokong yang hadir bagi menyaksikan aksi pasukan kegemaran mereka.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Apa tunggu lagi jang, dapatkan sekarang tiket masuk ke stadium dan berikan sokongan kepada pasukan anda. Jangan biarkan pasukan lawan mengambil kesempatan untuk memenangi perlawanan ini.

Jadi boleh dapatkan sekarang tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web Ticket Hotline di www.tickethotline.com.my dengan harga RM15.00 sahaja untuk tiket terbuka dan RM9.00 untuk tiket kanak-kanak. Pembelian tiket fizikal boleh dibuat pada hari perlawanan dengan harga yang sama serta tambahan untuk tiket grandstand dengan harga RM30.00.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs Sabah

Bagi yang ingin saksikan perlawanan secara langsung di kaca tv, anda boleh tonton menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna astro sahaja.

Untuk yang tiada astro, anda masih boleh saksikan perlawanan ini iaitu secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs Sabah Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Negeri Sembilan FC vs Sabah FC untuk aksi Liga Super 2023 LS8 yang mana ianya akan berlangsung pada 10 April ini, hari Isnin bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini, anda boleh dapatkan selepas habis 90 minit perlawanan yang mana ianya akan dikemaskini dengan dipaparkan jaringan gol dan senarai penjaring.

10 April 2023 (Isnin)

FT : Negeri Sembilan (1) - (1) Sabah

  • Tommy Mawat 21'
  • Park Tae-su 76'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streamiing : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post