Hari-hari terakhir sebelum berehat Hari Raya Aidilfitri akan berlangsung lagi tiga perlawanan untuk aksi Liga Super 2023 bagi minggu kesembilan dan antaranya adalah pertemuan antara PDRM FC dan Johor Darul Ta'zim FC.
Perlawanan ini akan dimainkan pada 19 April 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pertemuan kali kedua dalam seminggu kali ini tiba giliran pasukan PDRM pula menjadi tuan rumah.
Kita dah saksikan pada hujung minggu yang lepas pertembungan kedua-dua pasukan ini dalam aksi Piala FA 2023 yang mana ketika itu berpihak kepada pasukan JDT dengan meraih kemenangan 3 gol kosong sekali gus layak ke suku akhir.
Tetapi yang lebih menarik, apabila kesemua jaringan tersebut hanya berlaku pada 45 minit awal sahaja dan tiada penambahan gol untuk 45 minit yang kedua. Ini menggambarkan sesuatu yang PDRM mampu mengekang kemaraan penyerang-penyerang JDT dari menjaringkan gol.
Kita semua sudah lihat bagaimanapun untuk lapan perlawanan awal sebelum ini, JDT menumpaskan lawan dengan jaringan yang besar dalam tempoh 90 minit. Mampu bertahan pada awalnya, kemudian tewas juga hingga ke penghujung.
Berbeza dengan PDRM sebelum ini, mereka tewas di awal permainan dan mampu bertahan sehingga penghujung. Mungkin mereka sudah bertemu formula terbaik untuk merantai barisan penyerang JDT dari terus menjaringkan gol.
Semuanya bakal terjawab dalam pertembungan pada Rabu ini. Adakah PDRM merupakan pasukan pertama yang berjaya mencuri mata daripada JDT atau sekurang-kurangnya tembus gawang melalui jaringan open play?
Atau ianya semua sekadar angan-angan apabila JDT juga turut menjadikan PDRM sebagai mangsa belasahan walau dimana mereka bermain baik di home atau away sekali pun.
Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium
Orang Lembah Klang khususnya penyokong PDRM jangan lupa untuk datang dan saksikan perlawanan ini. Mungkin juga penyokong JDT yang berada di Selangor bakal penuhi setiap pelusuk stadium untuk menyaksikan kedatangan pasukan kesayangan mereka nanti.
Jadi cepat-cepat dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM18.00 untuk tiket terbuka dan RM28.00 untuk tiket pentas utama. Tiket fizikal juga dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs JDT
Untuk yang berada di rumah, jangan risau jika tidak sempat datang ke stadium kerana perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.
Selain itu, jika tiada Astro, boleh live streaming menerusi laman web sooka.my atau di aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan serendah RM4.90 untuk menonton 1 perlawanan atau boleh juga langgan secara bulanan RM28.90 untuk menonton semua perlawanan yang berlangsung.
Jadual Dan Keputusan PDRM vs JDT Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual pertemuan antara PDRM FC vs Johor Darul Ta'zim FC untuk aksi Liga Super 2023 LS9 yang mana ianya akan berlangusng pada 19 April ini, hari Rabu bertempat di Stadium MBPJ dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam.
Manakala untuk keputusan perlawanan, hanya akan dikemaskini selepas tiupan wisel 90 minit perlawanan pada malam tersebut. Akan disertakan dengan bilangan jaringan gol dan senarai penjaring.
19 April 2023 (Rabu)
FT : PDRM (0) - (1) JDT
- Fernando Forestieri 61'
Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment