Siaran Langsung Live Penang vs Kelantan United Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Penang vs Kelantan United Liga Super 2023

Selesai untuk pusingan 16 Piala FA 2023, setiap pasukan kini kembali meneruskan bagi aksi Liga Super 2023 untuk meneruskan minggu kesembilan dan antara pertemuan yang berlangsung kali ini adalah antara Penang FC dan Kelantan United FC.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini akan berlangsung pada hari pertama iaitu pada 18 April 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang. Penang akan melayan kunjungan Kelantan United pada aksi kali ini.

Penang sebelum ini merupakan antara pasukan yang berjaya ke pusingan Suku Akhir Piala FA 2023. Walaupun dalam aksi Liga Super tidak terlalu baik, tetapi dengan momentum kemenangan dua kali berturut-turut ini pastinya akan dibawa untuk bertemu pasukan tercorot liga.

Penang setakat ini telah mengumpul 8 mata daripada lapan perlawanan dengan keputusan menang dan seri sebanyak dua kali serta tewas sebanyak empat kali. Kini berada di tangga kesepuluh.

Untuk Kelantan United, mereka sebelum ini tewas di pusingan 16 Piala FA. Kemudian dalam aksi liga juga, pasukan ini bukanlah dalam keadaan yang baik dimana daripada lapan perlawanan awal, tiada lagi kemenangan yang dicapai dan menjadi satu-satunya pasukan yang belum menang apa-apa perlawanan.

Daripada itu juga, Kelantan United berada di tangga tercorot dengan hanya berjaya mengumpul 2 mata sahaja. Kini mereka sudah tewas sebanyak enam kali. Adakah beraksi menentang Penang ini, sekali lagi mimpi ngeri buat mereka?

Bagi Penang, ini adalah masa terbaik untuk mereka mengambil kesempatan untuk memenangi perlawanan. Disamping bertemu dengan pasukan yang berada di zon penyingkiran, perlawanan ini juga bakal berlangsung di tempat sendiri dan pastinya memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Ini merupakan perlawanan terakhir yang bakal berlangsung dalam bulan Ramadan. Selepas ini akan berehat sebentar untuk perayaan Aidilfitri dan akan disambung semula seminggu selepas itu pada 26 April kelak.

Jadi penyokong Penang semua jangan lupa untuk datang bagi berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan tiket sekarang yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online di www.tickethotline.com.my atau pembelian tiket fizikal di perkaragan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs Kelantan United

Untuk yang berada di rumah, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 3 807 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Bagi yang tiada Astro, anda boleh live streaming menerusi platform web sooka.my atau melalui aplikasi Sooka di peranti mudah alih anda. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Penang vs Kelantan United Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Penang FC vs Kelantan United FC untuk aksi Liga Super 2023 LS9 yang mana ianya akan berlangsung pada 18 April ini, hari Selasa bertempat di Stadium Bandaraya dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan, akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut. Akan disertaikan dengan bilangan gol yang dihasilkan serta senarai penjaring.

18 April 2023 (Selasa)

FT : Penang (2) - (0) Kelantan United

  • Nik Akif Syahiran 48'
  • Rafael Vitor 58'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post