Siaran Langsung Live Penang vs Kuching City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Penang vs Kuching City Liga Super 2023

Selepas cuti beberapa hari sempena Aidilfitri, aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu kesepuluh dan antara perlawanan yang akan berlangsung adalah pertemuan antara Penang FC dan Kuching City FC yang mana ianya akan berlangsung pada 27 April 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Perlawanan ini pastinya mencabar bagi kedua-dua pasukan selepas berehat sempena Hari Raya sebelum ini. Mungkin ada yang terlebih makan rendang dan lemang. Tetapi diharapkan juga stamina masih utuh dan tigak mengganggu konsentrasi setiap pemain.

Penang pastinya akan terus membawakan momentum kemenangan dua kali berturut-turut sebelum ini apabila berhadapan dengan Kuching City. Kesempatan ini pastinya akan diambil sebaiknya bagi meraih mata maksimum.

Penang kini berada di tangga kelapan liga selepas mengharungi sembilan perlawanan sebelum ini dengan 11 mata. Mereka kini sudah memenangi tiga perlawanan, dua kali seri dan empat kali dengan keputusan kekalahan.

Kuching City sepertinya merima nasib yang sebeliknya jika dibandingkan dengan pasukan lawan. Penang menang dua kali berturut-turut, tetapi Kuching City kalah dua kali berturut-turut untuk tiga perlawanan terakhir sebelum ini.

Kuching City kini berada di tangga kedua belas selepas mengharungi sembilan perlawanan sebelum ini dan hanya mampu mengumpul 4 mata sahaja. Mereka hanya pernah menang sekali sahaja anda antara pasukan yang menerima kekalahan paling banyak setakat ini iaitu tujuh kali.

Dengan kelebihan bermain di tempat sendiri, sepertinya Penang tidak mempunyai masalah berhadapan dengan pasukan yang berpengkalan di Sarawak tersebut. Ditambah lagi dengan sokongan penyokong yang hadir pada hari perlawanan.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk penyokong tuan rumah terutamanya, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Perlawanan ini juga adalah yang terakhir sebelum rehat bagi memberi peluang untuk Sukan SEA Kemboja pada Mei ini.

Tunggu apa lagi, dapatkan tiket sekarang yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Anda juga boleh dapatkan tiket fizikal yang mula dijual pada hari perlawanan di perkarangan stadium

Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs Kuching City

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Bukan itu sahaja, anda juga boleh tonton secara online menerusi web atau aplikasi RTM Klik.

Untuk yang sudah biasa dengan platform sooka.my atau menggunakan aplikasi mudah alih. Anda boleh juga menggunakannya untuk perlawanan ini dan live streaming secara percuma tanpa perlu apa-apa langganan.

Jadual Dan Keputusan Penang vs Kuching City Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Penang FC vs Kuching City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS10 yang mana ianya akan berlangsung pada 27 April ini, hari Khamis bertempat di Stadium bandaraya Pulau Pinang dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol serta senarai penjaring bagi kedua-dua pasukan.

27 April 2023 (Khamis)

FT : Penang (2) - (1) Kuching City

  • Abu Kamara 32'
  • Khairul Akmal Rokisham 45'
  • Soony Saad 51'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post