Siaran Langsung Live Penang vs PDRM Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Penang vs PDRM Liga Super 2023

Antara empat aksi Liga Super 2023 untuk minggu kelapan ini adalah pertemuan antara Penang FC vs PDRM FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 9 April 2023, bersamaan pada hari Ahad iaitu bertempat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Selepas berkelana di gelanggang lawan untuk dua perlawanan sebelum ini, kini Penang kembali ke stadium keramat mereka dan kali ini mereka pula akan menunggu pihak lawan iaitu PDRM untuk menentukan siapakah pemenang bagi pertemuan kali ini.

Penang sepertinya berada dalam situasi yang masih belum stabil. Dalam empat perlawanan terakhir, mereka tidak memenang apa-apa perlawanan pun. Setakat tujuh perlawanan liga, mereka hanya pernah menang sekali, seri dua kali dan telah menerima kekalahan sebanyak empat kali.

Sedikit berbeza dengan PDRM. Walaupun bukanlah pasukan terkenal yang mempunyai fan base yang besar, PDRM kini bermain baik apabila sudah meraih dua kemenangan dalam enam perlawana dan hanya tewas tiga kali sahaja.

Dengan keputusan dan rekod tersebut, PDRM merupakan pasukan yang baru diserap ke Liga Super yang kini berada di tangga paling tinggi berbanding pasukan yang lain iaitu ditangga kelapan dan setakat ini telah mengumpul 7 mata. Walaupun tidaklah terlalu baik, tetapi yang terbaik antara pasukan yang baru dinaikkan liga.

Manakala Penang pula kini berada di tangga kesepuluh dengan mengumpul 5 mata sahaja. Jika PDRM adalah pasukan terbaik antara pasukan yang baru dinaikkan liga, Penang pula antara pasukan tercorot jika dibandingkan dengan pasukan lain yang sudah bermain di liga super untuk musim lalu.

Tidak boleh tidak, Penang perlu menang untuk aksi kali ini. Mereka mempunyai kelebihan berbanding PDRM. Bermain di stadium sendiri dan pastinya dengan kehadiran penyokong akan memberikan semangat tambahan kepada para pemain bagi mencari 3 mata bagi memperbaiki kedudukan liga selepas ini.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi mai la pakat ramai-ramai untuk turun ke stadium pada malam ini untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda supaya para pemain dapat memberikan permain dan persembahan yang menarik untuk menewaskan pihak lawan.

Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM10.00 untuk tiket terbuka dan RM40.00 untuk tiket grandstand. Selain itu, anda boleh dapatkan tiket fizikal yang dijual bermula pada hari perlawanan dengan harga yang sama.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs PDRM

Seperti pada pertemuan-pertemuan lain juga dimana perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv khusus untuk penonton di luar dan di rumah. Anda boleh saksikan di saluran RTM di TV2 serta Sukan RTM. Juga boleh tonton secara online di portal rtmklik.rtm.gov.my

Untuk yang sudah download atau menggunakan aplikasi Sooka pada perlawanan-perlawanan sebelum ini, anda juga boleh strim secara online di platform tersebut. Tidak perlu kepada apa-apa langganan dan anda boleh tonton secara percuma sahaja.

Jadual Dan Keputusan Penang vs PDRM Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Penang FC vs PDRM FC untuk aksi Liga Super 2023 LS8 yang mana ianya akan berlangsung pada 9 April ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini selepas tamat permainan 90 minit dan masa tambahan pada malam tersebut. Anda boleh dapatkan jaringan gol serta senarai penjaring.

9 April 2023 (Ahad)

FT : Penang (4) - (2) PDRM

  • Marcus Macauley 3'
  • James Okwuosa 11' (OG)
  • Soony Saad 17', 69'
  • Azmi Muslim 28'
  • Rahmat Makasuf 90+3'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post