Siaran Langsung Live Perak vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Perak vs JDT Liga Super 2023

Untuk hari pertama minggu ketujuh Liga Super 2023 akan berlangsung tiga perlawanan dan salah satunya adalah pertembungan antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang perlawanan ini akan berlangsung pada 4 April 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Perak di Ipoh.

Setiap minggu pasti ramai yang tertunggu-tunggu aksi JDT tidak kiralah pasukan mana yang bakal mereka hadapi. Untuk lima perlawanan pertama kita sudah dapat lihat bagaimana pasukan Harimau Selatan ini mendominasi setiap minit perlawanan dan adakah Perak bakal menjadi mangsa seterusnya?

Perak nampaknya telah mengalami kekalahan sekali lagi iaitu yang kedua untuk musim ini kepada Penang sebelum ini. Ketika itu, Perak cuba bangkit di 45 minit terakhir tetapi harapan tersebut terkubur apabila Penang mendapat gol kemenangan yang secara jumlahnya sebanyak 3 gol dan Perak hanya berjaya bawa pulang 1 gol dan kekalahan sahaja.

Jika lihat pasukan JDT berkaitan keputsan yang mana menjadikan satu-satunya pasukan Liga Super setakat ini yang masih belum keciciran mata walaupun satu. Bukan itu sahaja, JDT juga hanya pernah bolos sebanyak sekali sahaja, itupun hasil daripada sepakan penalti.

Tidak cukup dengan itu, JDT juga satu-satunya pasukan yang telah menjaringkan lebih 20 gol secara kesulurhan dalam enam perlawanan awal. Mereka sekurang-kurangnya telah mengalahkan pihak lawan dengan 2 gol bagi setiap perlawanan. Hebat dan hebat.

Adakah Perak bersedia dengan kehadiran JDT di halaman sendiri pada Selasa ini? Adakah akan ada strategi baru untuk mengekang pemain-pemain JDT untuk jadi lebih dahagakan jaringan dan kemenangan pada malam tersebut? Nantikan...

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Bagi penyokong tuan rumah yang ingin saksikan perlawanan ini secara live, jangan lupa untuk datang ke stadium pada hari Selasa ini. Anda boleh saksikan bagaimana corak permain untuk kedua-dua pasukan dengan lebih dekat lagi.

Jadi anda sudah boleh mula dapatkan tiket masuk ke stadium dengan layari laman web www.tickethotline.com.my yang mana tiket dijual dengan harga RM18 untuk tempat duduk terbuka, RM5 untuk tiket kanak-kanak, RM20 untuk tempat duduk berbumbung dan RM30 untuk tempat duduk grandstand.

Manakala bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah serta pemegang kad OKU, masuk adlaah percuma. Pintu masuk dibuka bermula pada pukul 8.45 malam.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Perak vs JDT

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (CH804) atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Untuk yang tiada astro, anda boleh live streaming perlawanan iaitu menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Perak vs JDT Dalam Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Perak FC vs Johor Darul Ta'zim FC untuk aksi Liga Super 2023 LS7 dimana ianya akan berlangsung pada 4 April ini, dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam bertempat di Stadium Perak di Ipoh.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini selepas habis atau tamat perlawanan 90 minit yang berlangsung pada malam tersebut

4 April 2023 (Selasa)

FT : Perak (0) - (5) JDT

  • Hasnul Zaim 5' (OG)
  • Leandro Velazquez 25' (P), 90+1'
  • Diogo 45'
  • Bergson da Silva 66'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Perak, Ipoh
Tayangan : Arena Bola 2 (CH804)
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post