Siaran Langsung Live Perak vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Perak vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Hari kedua, minggu kesembilan Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan tiga perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Perak FC dan Negeri Sembilan FC yang mana ianya akan berlangsung pada 19 April 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Perak di Ipoh.

Jika dilihat persembahan untuk kedua-dua pasukan tidak terlalu ketara untuk tujuh ke lapan perlawanan awal. Masing-masing sepertinya masih mencari rentak kemenangan dan aksi terbaik yang bakal ditunjukkan bagi setiap perlawanan.

Kedudukan liga juga mereka yang hanya dipisahkan dengan dua anak tangga sahaja. Negeri Sembilan dengan sembilan mata berada di tempat kesembilan. Manakala Perak kini ditempat kesebelas dengan mengumpul lima mata sahaja.

Jika dilihat rekod, Negeri Sembilan hanya menang sebanyak dua kali sahaja dan sudah tewas sebanyak tiga kali dengan dua keputusan seri. Perak lebih sikit rekod kekalahan iaitu sebanyak dua kali, tetapi hanya sekali mencatatkan kemenangan dan seri sebanyak lima kali.

Tetapi jika dilihat daripada prestasi semasa, Perak telahpun tewas untuk empat perlawanan berturut-turut sebelum ini berbanding Negeri Sembilan yang hanya tewas sekali dan seri sekali untuk tiga perlawanan terakhir.

Walaubagaimanapun, momentum kemenangan dalam saingan Piala FA baru-baru ini pastinya akan dibawa ke saingan liga terutamanya bertemu pasukan Perak ini. Dengan semangat yang membara setelah berjaya mara ke pusingan suku akhir, pastinya barisan pemain akan menerukan rentak tersebut.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi penyokong tuan rumah terutamanya, jangan lupa untuk datang dan terus berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda ini. Perlawanan ini juga adalah yang terakhir berlangsung dalam bulan Ramadan dan selepas ini akan berehat sebentar untuk Hari Raya Aidilfitri.

Tunggu apa lagi, boleh dapatkan sekarang tiket masuk yang kini sudah boleh mula dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM18.00 untuk tiket terbuka dan RM20.00 untuk tiket berbumbung serta RM30.00 untuk tiket grandstand. Boleh juga dapatkan tiket fizikal pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Perak vs Negeri Sembilan

Untuk yang dirumah, anda juga boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung terus ke kaca tv anda menerusi saluran RTM di TV2 dan juga Sukan RTM. Boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Selain itu, bagi yang sudah biasa dengan platform Sooka sama ada di laman web sooka.my atau aplikasi mudah alih, anda juga boleh gunakannya. Tidak perlu kepada langganan dan anda boleh live streaming secara percuma sahaja.

Jadual Dan Keputusan Perak vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Perak FC vs Negeri Sembilan FC untuk aksi Liga Super 2023 LS9 yang mana ianya akan berlangsung pada 19 April ini, hari Rabu bertempat di Stadium Perak dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan, hanya akan dikemaskini selepas tamat atau habis perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Anda disertakan dengan bilangan jaringan gol dan senarai penjaring.

19 April 2023 (Rabu)

FT : Perak (1) - (1) Negeri Sembilan

  • Alif Zikri 5'
  • Shahrel Fikri 70'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post