Siaran Langsung Piala FA 2023 Pusingan 16 Malam Ini

Jadual Siaran Langsung Piala FA 2023 Pusingan 16

Minggu ini tiada aksi Liga Super. Ini kerana akan berlangsung kejohanan Piala FA 2023 untuk pusingan 16 terbaik yang mana ianya akan melibatkan lapan perlawanan dengan enam belas pasukan iaitu pada 14 dan 15 April 2023.

Jika sebelum ini, kita sudah saksikan empat perlawanan yang berlangsung dalam pusingan pertama yang mana Sri Pahang, Penang, Manjung City dan Imigresen berjaya layak dan menewaskan pasukan masing-masing.

Daripada enam belas pasukan yang layak, 12 adalah terdiri daripada pasukan liga profesional iaitu Liga Super dan 4 lagi daripada liga semipro iaitu daripada Liga M3; Manjung City, Melaka, Imigresen dan PIB Shah Alam.

Johor Darul Ta'zim sebagai penyandang juara Piala FA 2022 pastinya akan memberikan tentangan yang sengit bagi mengekalkan kejuaraan tersebut untuk terus berada di Johor. Tambahan pula, aksi di Liga Super juga cukup luar biasa apabila meraih kemenangan 8 kali berturut-turut tanpa keciciran mata.

Untuk pusingan 16 ini juga, kita bakal dapat saksikan aksi-aksi daripada pasukan Liga M3. Bagaimana mereka akan bersaing dan berhadapan sebuah pasukan dari Liga Super yang pastinya mempunyai prestasi yang dan rekod yang lebih baik.

Untuk pusingan kedua ini, tumpuan pastinya tertumpu kepada pertembungan antara Selangor vs Sri Pahang. Kedua-dua pasukan gergasi ini telah diundi untuk bertemu lebih awal dan mereka juga pernah berhadapan ketika dalam saingan liga yang mana ketika itu hanya keputusan seri berjaya diraih.

Selain itu juga, kita mungkin juga akan dapat lihat sesuatu dalam pertemuan antara Manjung City vs Kelantan. Dengan keadaan yang kurang stabil bagi pasukan The Red Warriors berikutan kes ketua jurulatih mereka, Manjung City pastinya akan mengambil kesempatan untuk lolos ke pusingan suku akhir.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Pusingan 16

Untuk pertama kali, kita akan disajikan dengan lapan perlawanan seminggu iaitu empat perlawanan berlangsung pada 14 April (Jumaat) dan empat perlawanan lagi berlangsung pada 15 April (Sabtu). Dan kesemuanya akan ditayangkan secara langsung di kaca tv.

Anda boleh saksikan perlawanan-perlawanan ini yang akan disiarkan di saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Manakala di saluran Astro menerusi Astro Arena (801), Arena Bola (803), Arena Bola 2 (804), Arena Bola 3 (807) dan penambahan terbaru Arena Bola 4 (808). Anda boleh juga tonton di Astro Go.

Alternatif lain, anda boleh live streaming menerusi platfrom web sooka.my atau aplikasi Sooka. Anda boleh pilih mana-mana perlawanan untuk langgan dengan harga RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau boleh langgan terus pas bulanan untuk saksikan semua perlawana Liga Malaysia dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Piala FA 2023 Pusingan 16

Untuk pusingan 16 Piala FA 2023, format perlawanan adalah secara kalah mati dan tiada timbal balik. Jika tiada pemenang dalam tempoh waktu sebenar perlawanan, ianya akan dilanjutkan ke masa tambahan dan sehinggalah ke penentuan sepakan penalti.

Berikut merupakan jadual penuh bagi setiap perlawanan Piala FA 2023 Pusingan 16 serta keputusan yang akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada hari tersebut.

14 April 2023 (Jumaat)

FT : JDT (3) - (0) PDRM
[10.00 PM, CH803, Stadium Sultan Ismail]

FT : Terengganu (4) - (0) Melaka
[10.00 PM, CH801, CH804, CH146, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin]

FT : Manjung City (0) - (3) Kelantan
[10.00 PM, CH807, Stadium Majlis Perbandaran Manjung]

FT : KL City (2) - (0) Imigresen
[10.00 PM, CH808, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur]

15 April 2023 (Sabtu)

FT : Kuching City (0) - (4) Penang
[9.15 PM, CH807, Stadium Negeri]

FT : Sabah (2) - (0) Kelantan United
[9.15 PM, CH801, CH804, CH146, Stadium Likas]

FT : Negeri Sembilan (2) - (0) PIB Shah Alam
[10.00 PM, CH808, Stadium Tuanku Abdul Rahman]

FT : Selangor (4) - (0) Sri Pahang
[10.00PM, CH803, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya]

Jadual Siaran Langsung Piala FA 2023 Pusingan 16

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post