Siaran Langsung Live Sabah vs Kelantan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Sabah vs Kelantan Liga Super 2023

Hari kedua untuk minggu kesembilan Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan tiga lagi perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Sabah FC dan Kelantan FC yang mana ianya akan berlangsung pada 19 April 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Ini merupakan hari terakhir bagi perlawanan yang berlangsung dalam bulan Ramadan dan selepas ini akan berehat sebentar untuk perayaan Hari Raya Aidilitfir. Pada hujung minggu seterusnya, baru akan dimulakan semula untuk minggu kesepuluh dan juga terakhir untuk bulan April.

Dalam perlawanan kali ini, Sabah pastinya ingin kembali mencari kemenang apabila sebelum ini untuk tigak perlawanan terakhir mereka hanya mampu seri sekali dan tewas sebanyak dua kali. Mungkin momentu kemenangan dalam sainga Piala FA akan dibawa untuk aksi Liga Super pula.

Tambahan pula, mereka akan berhadapan dengan sebuah pasukan yang juga mempunyai masalah dari segi keputusan kemenangan serta barus sahaja menggantikan ketua jurulatih kepada yang baru untuk beberapa minggu yang lalu.

Kelantan nampaknya terpaksa berhadapan lagi dengan sebuah pasukan yang kuat. Dengan meraih kekalahan sebanyak enam kali dalam lapan perlawanan awal sebelum ini, pastinya tidak mahu ianya terus berulang. Jika tidak mampu manang, sekurang-kurangnya mampu mencuri satu mata ketika bertandang di Likas.

Bagi Sabah, kelebihan bukan sahaja berhadapan dengan pasukan tercorot di liga, tetapi mereka akan bermain di homeground sendiri serta dihadapan ribuan penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan yang mereka sayangi ini.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi penyokong-penyokong The Rhinos jangan hampakan pemain-pemain kesayangan anda. Datang ke stadium dan bagi sokongan semangat kepada para pemain supaya mereka mampu memberikan yang terbaik bagi menewaskan pihak lawan.

Apa lagi, jangan lupa dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM15.00 untuk tiket dewasa terbuka dan RM32.00 untuk tiket tempat duduk grandstand.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Kelantan

Untuk penonton di rumah yang tidak sempat datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Sebagai alternatif, anda juga boleh live streaming perlawanan ini menerusi platform web sooka.my atau menggunakan aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan sama ada untuk perlawanan ini sahaja dengan harga RM4.90 atau secara bulanan dengan harga RM28.90 untuk semua perlawanan berlangsung pada bulan tersebut.

Jadual Dan Keputusan Sabah vs Kelantan Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Sabah FC vs Kelantan FC untuk aksi Liga Super 2023 LS9 yang mana ianya akan berlangsung pada 19 April ini, hari Rabu bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu dengan waktu sepak mula pada jam 9.15 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini selepas tamat atau habis perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Anda boleh dapatkan result disini selepas itu.

19 April 2023 (Rabu)

FT : Sabah (6) - (1) Kelantan

  • Daniel Ting 4', 11'
  • Miguel Cifuentes 46'
  • Dominic Tan 48'
  • Baddrol Bakhtiar 61'
  • Stuart Wilkin 75'
  • Telmo Castanheira 90+1'

Masa : 9.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post