Siaran Langsung Live Sabah vs Kelantan United Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Sabah vs Kelantan United Piala FA 2023

Hari kedua Piala FA 2023 untuk pusingan 16 terbaik kini diteruskan untuk empat lagi perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Sabah FC dan Kelantan United FC yang mana ianya akan berlangsung pada 15 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Ini merupakan pertembungan kali kedua untuk kedua-dua pasukan ini yang mana sebelum ini mereka pernah bertemu dalam saingan Liga Super 2023 untuk minggu kedua (LS2). Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan yang diperoleh Sabah dengan jaringan 3-1.

Kini mereka akan bertemu sekali lagi di tempat yang sama tetapi dalam situasi yang berbeza. Ini kerana kejohanan ini adalah menggunakan format kalah mati. Pasukan yang tewas, terpaksa melupakan terus perlawanan seterusnya dan yang menang akan mara ke pusingan seterusnya.

Adakah kali ini Kelantan United akan dapat menghasilkan sesuatu yang mana pasti mereka banyak belajar ketika bertemu Sabah sebelum ini. Disamping itu, pasukan tuan rumah pastinya tidak mahu dikecewakan di tempat sendiri.

Untuk rekod, Sabah pernah memenangi Piala FA sekali iaitu pada tahun 1995 dan meraih gelaran naib juara sebanyak tiga kali. Pastinya mereka mengimpikan sesuatu yang lebih positif dalam edisi kali ini iaitu bermula pada peringkat kedua ini.

Manakala untuk Kelantan United, mereka masih belum pernah kecapi kejuaraan tersebut dan pencapian terbaik yang dimiliki oleh pasukan yang berpengkalan di Kelantan itu adalah pada peringkat ketiga pada tahun 2019.

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu KL City yang telah memenangi perlawanannya bertemu Imigresen FC pada semalam dengan jaringan 2-0 yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Untuk penyokong bola sepak Sabah terutamanya bagi mereka yang berada di Kota Kinabalu untuk jangan lupa datang beramai-ramai ke stadium bagi menyaksikan secara live dan memberikan sokongan moral kepada barisan pemain untuk beraksi dengan baik.

Tapi sebelum itu, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk terlebih dahulu yang kini sudah boleh mula dibeli iaitu secara online di laman web www.tickethotline.com.my dengna harga bermula RM11.00 untuk tiket terbuka dan RM32.00 untuk tiket grandstand. Tiket fizikal juga anda boleh dapatkan yang mana ianya mula dijual pada hari perlawanan.

Siaran Langsun Piala FA 2023 Sabah vs Kelantan United

Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang akan dibawakan ke kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM juga secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Bukan itu sahaja, perlawanan ini turut disiarkan di saluran Astro iaitu di Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 2 804 serta tontonan di Astro Go.

Jadi untuk anda yang sudah mempunyai akses Sooka sama ada di web atau aplikas mudah alih, anda boleh saksikan pertembungan kedua-dua pasukan ini menggunakan platform itu sahaja secara percuma tanpa perlu apa-apa langganan.

Jadual Dan Keputusan Sabah vs Kelantan United Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Sabah FC vs Kelantan United FC untuk aksi Piala FA 2023 pusingan 16 yang mana ianya akan berlangsung pada 15 April ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Untuk pusingan ini tiada perlawanan timbal balik. Maka untuk keputusan pemenang akan ditentukan dalam tempoh sebenar 90 minit. Jika tiada, akan diheret ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti. 

15 April 2023 (Sabtu)

FT : Sabah (2) - (0) Kelantan United

  • Baddrol Bakhtiar 13'
  • Stuart Wilkin 59'

*Sabah berjaya mara ke suku akhir bertemu KL City

Masa : 9.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Astro Arena, Arena Bola 2 804, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post