Siaran Langsung Live Sabah vs Selangor Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Sabah vs Selangor liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 disambung semula selepas Perayaan Aidilfitri bagi minggu kesepuluh dan antara perlawanan yang berlangsung kali ini adalah pertemuan antara Sabah FC dan Selangor FC yang mana ianya akan berlangsung pada 27 April 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Ini juga antara perlawanan tumpuan pada minggu kali ini disamping pertembungan Terengganu dan Sri Pahang pada esok. Sabah dan Selangor kini antara pasukan yang berada di kelompok teratas iaitu empat pasukan terbaik setakat ini.

Sabah pada awal musim bermula sangat baik dengan beberapa siri kemenangan. Kemudian mula hilang rentak untuk empat perlawanan terakhir apabila hanya menang sekali dan telah tewas sebanyak dua kali. Tetapi kemenangan terakhir sepertinya memberikan amaran kepada pasukan lain yang mana mereka ingin kembali mencabar takhta kejuaraan.

Dengan kemenangan tersebut, Sabah kini berada di tangga keempat liga dengan 17 mata yang dikumpul daripada lima kemenangan daripada sembilan perlawanan dan hanya dua kali seri dan dua kali tewas. Mereka pastinya masih dahagakan kemenangan.

Selangor pula tidak kurang hebatnya apabila sudah mencatatkan empat kali kemenangan berturut-turut sebelum ini dan kali terakhir mereka hanya pernah tewas kepada JDT sahaja iaitu pada bulan Mac yang lalu. Sebelum ini juga mereka telah ajar bagaimana bermain bola sepak sebenar kepada Terengganu apabila menjaringkan 5 gol dengan 1 bolos.

Dengan siri kemenangan tersebut, Selangor kini berada di tangga kedua liga dengan 22 mata juga daripada sembilan perlawanan. Mereka hanya pernah tewas sekali dan seri sekali sahaja. Selebihnya adalah mencatatkan keputusan kemenangan sebanyak tujuh kali.

Kedua-dua pasukan berada dalam kondisi terbaik untuk mencatatkan kemenanga. Tetapi mungkin ada sedikit kelebihan kepada Sabah iaitu selaku tuan rumah. Bermain di halaman sendiri bersama penyokong pastinya memberikan tonik tambahan kepada pasukan Sabah.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk penyokong tuan rumah terutamanya yang berada di Kota Kinabalu, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Tambahan pula, ini merupakan perlawanan terakhri sebelum berehat selama dua minggu bagi acara Sukan SEA Kemboja pada Mei ini.

Jadi jangan lupa dapatkan tiket masuk yang kini anda boleh mula dapatkan secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal di perkarangan stadium yang dijual pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Selangor

Untuk yang berada di rumah, jangan risau. Anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Untuk yang tiada akses Astro, anda boleh live streaming menerusi platform web sooka.my atau menggunakan aplikasi mudah alih. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan Liga Malaysia 2023.

Jadual Dan Keputusan Sabah vs Selangor Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Sabah FC vs Selangor FC untuk aksi Liga Super 2023 LS10 yang mana ianya akan berlangsung pada 27 April ini, hari Khamis bertempat di Stadium Likas dengan waktu sepak mula pada pukul 7.30 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan, akan dikemaskini sejuru tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Anda boleh dapatkan keputusan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring bagi kedua-dua pasukan jika ada.

27 April 2023 (Khamis)

FT : Sabah (2) - (1) Selangor

  • Saddil Ramdani 24' (P)
  • Faisal Halim 52'
  • Baddrol Bakhtiar 66'

Masa : 7.30 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post