Siaran Langsung Live Selangor vs Kelantan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Selangor vs Kelantan Liga Super 2023

Minggu kelapan Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan semua perlawanan akan berlangsung dan salahnya adalah melibatkan pasukan Selangor FC dan Kelantan FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 9 April 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Selangor.

Nampaknya ini merupakan pertemuan antara kelompok atas dan bawah liga. Jika dilihat diatas kertas pastinya perlawanan ini akan memihak kepada pasukan yang berada di atas yang mempunyai kelebihan dari segi rekod dan statistik semasa.

Selangor pastinya akan menghadapi perlawanan ini dengan semangat yang luar biasa dan terus dahagakan kemenangan. Kini mereka sudah memenangi dua perlawanan berturut-turut dan kali ini bermain di tempat sendiri, pastinya hanya kemenangan yang dicari.

Sepertinya berbeza dengan apa yang menimpa Kelantan. Ini kerana mereka sudah mengalami kekalahan kedua berturut-turut sebelum ini. Dan kedua-duanya adalah bermain di tempat lawan. Tambah perit lagi, mereka sekali lagi akan bertandang ke kubu lawan.

Jika dilihat daripada rekod awal keseluruhan, Kelantan kini hanya mengumpul 4 mata dan berada di tangga kedua tercorot dengan menerima lima kali kekalahan. Manakala Selangor pula kini sudah menang lima perlawanan keseluruhannya daripada tujuh dan sudah mengumpul 16 mata dan menghuni tangga ketiga liga.

Jika momentum daripada perlawanan sebelum ini dibawa ke minggu ini, Selangor pastinya tidak ada masalah berdepan dengan Kelantan. Tambahan pula, mereka akan bermain di hadapan penyokong sendiri yang pastinya akan memberikan sokongan padu kepada pasukan kegemaran mereka.

Tapi inilah bola sepak, segala kemungkinan boleh berlaku. Jika dilihat, Selangor berpeluang cerah untuk menang perlawanan ini. Tetapi Kelantan masih mempunyai harapan jika mereka bijak mengambil kesempatan dan menggunakan strategi yang betul. Setidaknya, mungkin mampu mencuri satu mata di gelanggang lawan.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk peminat bola sepak khususnya untuk pasukan tuan rumah jangan lupa untuk datang ke stadium dan berikan sorakan semangat kepada para pemain. Pastikan sokongan terus disalurkan supaya mereka dapat bawa pulang dengan kemenangan.

Anda kini sudah boleh dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM20 untuk tiket terbuka serta RM25 untuk tiket grandstand. Tiket fizikal juga boleh anda dapatkan di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Kelantan

Seperti yang dijanjikan semua perlawanan Liga Super akan ditayangkan secara langsung di kaca tv termasuk perlawanan ini. Anda boleh saksikan di saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online menerusi Astro Go.

Selain itu, jika anda tidak ada akses astro, anda boleh live streaming menerusi platform web atau di aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90 sahaja

Jadual Dan Keputusan Selangor vs Kelantan Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Selangor FC vs Kelantan FC untuk aksi Liga Super 2023 LS8 yang mana ianya akan berlangsung pada 9 April ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium MBPJ.

Manakala untuk keputusan untuk perlawanan ini, hanya akan dikemaskini selepas habis permainan 90 minit yang berlangsung pada malam tersebut.

9 April 2023 (Ahad)

FT : Selangor (3) - (0) Kelantan

  • Ayron de Valle 28'
  • Rauf Salifu 80', 90'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post