Ini juga boleh jadi antara perlawanan tumpuan yang akan berlangsung untuk pusingan ketujuh Liga Super 2023 dimana akan mempertemukan Selangor FC dan Negeri Sembilan FC yang bakal berlangsung pada 4 April 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Kedua-duanya antara pasukan elit Liga Malaysia yang mana sudah memenangi banyak piala sejak kelab tersebut ditubuhkan. Disebabkan itu, perlawanan ini juga ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak tempatan khususnya bagi kedua-dua pasukan.
Jika dilihat pada perlawanan sebelumnya, Selangor tampil dengan persembahan yang memberangsangkan apabila menewaskan KL City dengan jaringan 3 gol berbalas 1. Lebih manis apabila keputusan ini diperoleh di halaman lawan yang juga menjadi padang keramat kepada pasukan tuan rumah dalam pertembungan derby Klang Valley.
Tapi Negeri Sembilan pun apa kurangnya apabila juga berjaya menumpaskan pasukan pelawat denga jumlah jaringan yang lebih besar iaitu 4 gol berbalas 2. Keputusan itu sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan peroleh kemenangan kali kedua berturut-turut selepas hanya mampu seri 2 kali dan tewas sekali untuk aksi awal Liga Super.
Jika dilihat dalam kedudukan liga, Selangor kini berada di kedudukan keempat dengan 13 mata iaitu 5 mata lebih daripada Negeri Sembilan (8 mata) yang menduduki tempat ketujuh dengan berbaki kurang satu perlawanan.
Bermain di Selangor pastinya akan berkelebihan kepada pasukan tuan rumah. Ditambah pula dengan kehadiran yang memberangsangkan oleh penyokong walaupun ketika bulan Ramadan, ini pastinya akan memberikan lebih semangat kepada para pemain untuk beraksi dengan lebih baik untuk menewaskan pasukan pelawat.
Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium
Ini merupakan perlawanan pertama yang akan berlangsung di Stadium MBPJ pada bulan Ramadan. Jadi lepas tarawih, ajak kawan datang beramai-ramai ke stadium bagi memenuhkan setiap pelusuk tempat dan terus berikan sokongan 90 minit kepada pemain yang beraksi.
Tiket kini sudah mula dijual dan anda boleh dapatkan secara online sahaja menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM25 untuk tempat duduk terbuka, RM5 untuk tiket kanak-kanak dan RM30 untuk tempat duduk grandstand.
Untuk info, OKU boleh masuk secara percuma iaitu bersama seorang penjaga.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Negeri Sembilan
Seperti pada perlawanan lain juga, perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my secara percuma.
Jika anda sudah memiliki aplikasi Sooka, anda juga boleh gunakan platform tersebut secara percuma. Tidak perlu langganan untuk saksikan perlawanan ini secara live streaming.
Jadual Dan Keputusan Selangor vs Negeri Sembilan Dalam Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual pertemuan antara Selangor FC vs Negeri Sembilan FC untuk aksi Liga Super LS7 yang mana ianya akan berlangsung pada 4 April ini, dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Manakala untuk keputusan perlawanan ini hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis atau tamat perlawanan 90 mini yang berlangsung pada malam tersebut.
4 April 2023 (Selasa)
FT : Selangor (2) - (1) Negeri Sembilan
- Herold Goulon 45+2' (P)
- Faisal Halim 56'
- Shahrul Nazeem 90+2'
Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment