Siaran Langsung Live Selangor vs Sri Pahang Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Selangor vs Sri Pahang Piala FA 2023

Selepas empat perlawanan pada semalam, kini lagi empat perlawanan akan berlangsung untuk pusingan 16 Piala FA 2023 dan salah satu daripadanya adalah mempertemukan antara Selangor FC dan Sri Pahang FC yang mana ianya akan berlangsung pada 15 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ini merupakan antara perlawanan tumpuan untuk pusingan kedua apabila masing-masing mempunyai sejarah tersendiri dalam kejohanan dan termasuklah seteru utama setiap musim yang juga antara pasukan utama dalam kancah Liga Malaysia.

Perjalanan Selangor mungkin sedikit mudah dimana terus diundi ke pusingan kedua. Berbeza dengan Sri Pahang yang terpaksa bermula pada pusingan pertama terlebih dahulu sebelum ini iaitu bertemu Perak FC. Sri Pahang terpaksa bermandi peluh terlebih dahulu sebelum menewaskan anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim dengan jaringan 2-1.

Kini bergerak ke pusingan 16 terbaik dan terus bertemu dengan pasukan yang bukan calang-calang. Malahan kedua-duanya sebelum ini telah pun bertemu ketika aksi Liga Super yang mana berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 ketika beraksi di MBPJ.

Sekali lagi ditempat yang sama dan pastinya Sri Pahang perlu membiasakan dengan sorakan bergema daripada penyokong tuan rumah. Kali ini pastinya berbeza apabila ianya menggunakan format kalah mati. Yang tewas terpaksa melupakan terus kejohanan ini.

Untuk rekod, Selangor bersama Kedah memegang takhta kejuaraan terbanyak setakat ini iaitu sebanyak 5 kali. Pada tahun 2009, adalah kali terakhir mereka memenangi kejohanan ini. Pada tahun 2018 juga mereka telah bertemu di final dan ketika itu, nasib menyebelaih Pahang apabila menang 2-0.

Sri Pahang juga mempunyai rekod tersendiri apabila sudah memenangi kejohanan ini sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2006, 2014 dan 2018. Mungkin inilah masanya skuad Tok Gajah memberikan sesuatu bagi memenangi perlawanan ini.

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu antara pasukan Negeri Sembilan dan PIB Shah Alam di peringkat Suku Akhir. Pertembungan pasukan tersebut juga akan berlangsung pada hari dan waktu yang sama iaitu bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Penyokong-penyokong Merah Kuning pastinya tidak sabar untuk menerima kunjungan pasukan lawan kali ini sekali lagi di tempat mereka. Pastinya akan memberikan lebih lagi berbanding pertemuan kali pertama sebelum ini.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM20.00 untuk tiket terbuka dan RM5.00 untuk tiket kanak-kanak. OKU masuk percuma bersama seorang penjaga.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Selangor vs Sri Pahang

Untuk yang berada di rumah, jangan risau! Perlawanan ini juga turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi Astro Arena 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro sahaja.

Selain itu, anda juga boleh live streaming untuk perlawanan ini iaitu menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikas mudah alih. Anda hanya perlu langgan serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Selangor vs Sri Pahang Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Selangor FC vs Sri Pahang FC untuk aksi Piala FA 2023 pusingan 16 yang mana ianya akan berlangsung pada 15 April ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.

Kejohanan ini menggunakan format kalah mati dan tida timbal balik. Perlawanan akan diteruskan ke masa tambahan dan sehingga penentuan sepakan penalti jika tiada pemenang dalam tempoh 90 minit perlawanan. Keputusan akan dikemaskini sejuru selepas tamat.

15 April 2023 (Sabtu)

FT : Selangor (4) - (0) Sri Pahang

  • Mukhairi Ajmal 41', 59'
  • Faisal Halim 67'
  • Brenden Gan 72'

*Selangor berjaya ke Suku Akhir bertemu Negeri Sembilan

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming  : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post