Siaran Langsung Live Selangor vs Terengganu Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Selangor vs Terengganu Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 disambung semula untuk minggu kesembilan selepas selesai pusingan 16 Piala FA pada minggu lalu. Pada hari pertama akan berlangsung empat perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Selangor FC vs Terengganu FC.

Ini pastinya menjadi perlawanan tumpuan untuk minggu ini dan ianya bakal berlangsung pada 18 April 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya yang mana Selangor sebagai tuan rumah akan menerima kunjungan Terengganu.

Perlawanan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak tempatan khususnya dan sudah semestinya mata akan tertumpu kepada penyerang lincah Selangor iaitu Faisal Halim yang akan berhadapan dengan bekas pasukannya pada musim lalu iaitu Terengganu.

Tambahan pula, kedua-dua pasukan kini berada di landasan yang terbaik untuk memenangi perlawanan. Manakan tidak, dalam lima perlawanan terakhir, kedua-duanya hanya tewas sekali dan menang kesemua empat perlawanan terakhir.

Bukan itu sahaja, momemntu tersebut dibawah ke saingan Piala FA sebelum ini dimana kedua-dua pasukan juga berjaya mara ke pusingan suku akhir selepas menewaskan pasukan lawan masing-masing dengan bilangan jaringan yang sama iaitu 4 gol tanpa balas.

Tapi pastinya ini akan memberi sedikit kelebihan kepada pasukan Selangor selaku tuan rumah. Mereka akan bermain di halaman sendiri dan sudah pastinya penyokong sendiri yang bakal penuhi stadium akan memberikan tonik tambahan kepada pemain-pemain Selangor.

Untuk rekod pertemuan, sebanyak 117 kali telah berlaku pertemuan antara kedua-dua pasukan dan Selangor mendahului dengan keputusan kemenangan iaitu sebanyak 50 kali berbanding Terengganu iaitu sebanyak 42 kali serta seri 25 kali.

Mata kedua-dua pasukan ini tidak lah terlalu jauh. Selangor kini mengungguli tempat kedua memiliki 19 mata dalam lapan perlawanana. Manakala Terengganu kini sudah memanjang ke tangga keenam dengan 13 mata yang mana mereka hanya dijarakkan dengan 6 mata sahaja.

Pelbagai kemunkinan boleh berlaku dalam pertembungan kali ini. Jika percaturan yang dirancangkan menjadi, pastinya akan memberi kelebihan kepada pasukan tersebut dan jika tidak, ianya akan membawa padah.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Disebabkan ini perlawanan terakhir dalam bulan Ramadan dan sebelum rehat Hari Raya Aidilfitri, penyokong semua kenalah datang ke stadium untuk nikmatinya sebelum berakhir. Disamping itu, pastinya untuk berikan sokongan kepada pemain untuk bermain lebih baik.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online di laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM25 untuk tiket terbuka, RM5 untuk tiket kanak-kanak dan RM30 untuk tiket grandstand.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Terengganu

Untuk yang berada di rumah, jangan risau! Pertemuan antara Selangor dan Terengganu ini turut akan dibawakan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, orang ramai juga boleh live streaming menerusi platform web sooka.my atau menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan ini atau langganan secara bulana terus dengan harga RM28.90 sahaja.

Jadual Dan Keputusan Selangor vs Terengganu Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Selangor FC vs Terengganu FC untuk aksi Liga Super 2023 LS9 yang mana ianya akan berlangsung pada 18 April ini, hari Selasa bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam

Manakala untuk keputusan perlawanan, hanya akan dikemaskini selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Akan disertakan dengan bilangan gol dan senarai penjaring.

18 April 2023 (Selasa)

FT : Selangor (5) - (1) Terengganu

  • Ayron del Valle 17', 71'
  • Faisal Halim 21'
  • Harith Haiqal 40'
  • Ivan Mamut 61'
  • Aliff Haiqal 84'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post