Siaran Langsung Live Sri Pahang vs Kelantan United Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Sri Pahang vs Kelantan United Liga Super 2023

Hari kedua untuk aksi Liga Super 2023 bagi minggu kelapan akan diteruskan untuk tiga lagi perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Sri Pahang FC dan Kelantan United FC yang mana ianya akan berlangsung pada 10 April 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Ini juga merupakan boleh dikatakan pertemuan derby Pantai Timur; Sri Pahang berpengkalan di Pahang, manakala Kelantan United disamping Kelantan FC juga pasukan yang ditubuhkan di negeri Kelantan dan menjadikan negeri tersebut sebagai homeground.

Sri Pahang nampaknya masih kebal apabila masih belum lagi tewas untuk mana-mana perlawanan setakat ini disamping JDT. Dengan tujuh perlawanan awal, Sri Pahang sudah menang tiga perlawanan dan empat kali seri yang menjadikan mereka kini berada di tangga keempat dengan 13 mata.

Bukan itu sahaja, Sri Pahang juga antara pasukan yang sedikit bolosnya. Mereka hanya melepas kan 6 gol sahaja sama jumlah dengan Terengganu yang kini memiliki mata yang sama tetapi berada di tangga kelima liga.

Berbeza dengan Kelantan United yang sudah menghuni tangga tercorot untuk beberapa minggu ini. Daripada tujuh perlawanan, mereka hanya berjaya mengutip 2 mata sahaja. Ini bermakna mereka masih belum memenangi apa-apa perlawanan sejak Liga Super membuka tirai.

Mereka kini sudah tewas sebanyak lima kali dan seri dua kali. Apakah yang mampu mereka lakukan lagi untuk terus memberikan saingan dalam liga kali ini? Adakah mereka berjaya membuat sesuatu apabila berhadapan dengan skuad Tok Gajah nanti?

Bagi Sri Pahang, jika mengikut prestasi semasa, pastinya mereka tiada masalah untuk menjinakkan Sang Kancil di halaman sendiri. Tambahan pula, mereka akan beraksi di hadapan penyokong setia di Kuantan yang mana sedikit sebanyak akan memberikan tonik tambahan kepada para pemain.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk orang Kuantan khususnya dan rodong-rodong berdekatan, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada malam ini bagi melihat dan memberikan sokongan padu kepada setiap pemain yang beraksi di atas padang terutamanya kepada pasukan kegemaran anda.

Sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM13.60 untuk tiket terbuka, RM16.60 untuk tiket berbumbung dan RM26.78 untuk pentas utama. Harga sudah termasuk caj tambahan.

Manakala yang ingin dapatkan tiket fizikal, anda boleh dapatkan bermula pada hari perlawanan yang boleh dibeli di Banglo Penjualan Barangan Hakka Clo.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Kelantan United

Seperti biasa, perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi kaca tv. Jadi orang dirumah juga boleh saksikan perlawanan ini yang akan disiarkan di saluran RTM iaitu di TV Okey serta Sukan RTM. Anda juga boleh tonton secara online menerusi rtmklik.rtm.gov.my secara percuma.

Selain itu, anda juga boleh live streaming pertemuan antara Sri Pahang dan Kelantan United ini dengan menggunakan platform laman web atau aplikasi Sooka. Sebab ianya disiarkan di RTM, anda boleh tonton tanpa perlu kepada apa-apa langganan. Boleh tonton secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Sri Pahang vs Kelantan United Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Sri Pahang FC vs Kelantan United FC untuk aksi Liga Super 2023 LS8 yang mana ianya akan berlangsung pada 10 April ini, hari Isnin dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Darul Makmur.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini selepas habis permainan dalam tempoh 90 minit pada malam tersebut. Kemudian akan dipaparkan bilangan jaringan dan senarai penjaring.

10 April 2023 (Isnin)

FT : Sri Pahang (1) - (0) Kelantan United

  • Stefano Brundo 90+4'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post