Siaran Langsung Live Terengganu vs Kelantan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Terengganu vs Kelantan Liga Super 2023

Jadual pada untuk bulan April diteruskan lagi dan kini sudah masuk minggu ketujuh Liga Super 2023 yang mana perlawanan akan bermula dengan pertemuan antara Terengganu FC dan Kelantan FC yang mana akan berlangsung pada 4 April 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Satu lagi siri derby Pantai Timur akan berlangsung rentetan daripada minggu sebelum ini. Pada Jumaat lalu, Terengganu berhadapan dengan Kelantan United dan kini akan berdepan lagi dengan satu kelab yang berpengkalan di Kelantan iaitu Kelantan FC atau kita kenali dengan panggilan The Red Warriors.

Terengganu sebelum ini berjaya menambah lagi satu keputusan yang memberangsangkan iaitu berakhir dengan kemenangan walaupun tipis 2-1. Pasukan tuan rumah ketika itu bermula dengan baik apabila menjaringkan 2 gol dalam tempoh 30 minit. Akhirnya bolos pada minit ke-76. Walaupun begitu, pasukan Peteh berjaya mengekang asakan sehingga ke minit-minit terakhir dari dibolosi.

Manakala Kelantan teruk dihenyak oleh pasukan tuan rumah dengan jaringan 4 gol berbalas 2. Walaupun pada satu ketika berjaya mengikat jaringan gol sama, ternyata Negeri Sembilan ketika menggunakan kesempatan bermain di tempat sendiri dengan baik dan akkhirnya mengakhiri perlawanan dengan kemenangan ketika berdepan Kelantan.

Dalam pada itu, Terengganu kini perlahan-perlahan memperbaiki kedudukan di liga jika dibandingkan pada awal musim. Dengan berbekalkan 7 mata, kini pasukan tersebut berada di tangga ke-8. Manakala Kelantan di kedudukan ke-11 dengan hanya mengumpul 4 mata daripada enam perlawanan.

Terengganu sekali lagi akan bermain di halaman sendiri. Ini sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada mereka ketika berhadapan dengan pihak lawan. Dengan keserasian bersama padang serta sorakan daripada penyokong sendiri akan memberikan semangat yang lebih kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang.

Jadi untuk semua peminat dan penyokong Terengganu jangan lupa untuk datang ke stadium pada Selasa ini untuk menyaksikan sekali gus memberikan sokongan kepada pasukan anda bagi memberikan sorakan yang padu untuk menewaskan pasukan lawan.

Datang dan jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM20.00 untuk tempat duduk terbuka RM10.00 untuk tiket kanak-kanak.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Kelantan

Pertemuan antata Terengganu vs Kelantan juga akan dibawakan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro yang mana ianya boleh ditonton secara percuma jika anda melanggan pas Liga Malaysia atau pek sukan.

Selain itu, perlawanan ini juga anda boleh live streaming iaitu menerusi platform web atau aplikasi Sooka dengan melanggan pas Liga Malaysia. Anda boleh beli pas 1-perlawanan iaitu dengan harga RM4.90 atau pas bulanan terus dengan harga RM28.90 sahaja.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Kelantan Dalam Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Terengganu FC vs Kelantan FC untuk aksi Liga Super 2023 LS7 yang mana bakal berlangsung pada 4 April ini dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam betempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Manakala keputusan perlawanan ini hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit yang berlangsung pada malam tersebut.

4 April 2023 (Selasa)

FT : Terengganu (5) - (0) Kelantan

  • Jordan Mintah 16'
  • Adisak Kraisorn 21'
  • Ivan Mamut 67' (P), 90+1'
  • Hakimi Abdullah 90+3'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola (CH803)
Live Streaming : Astro Go & Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post