Siaran Langsung Live Terengganu vs Kuching City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Terengganu vs Kuching City Liga Super 2023

Hujung minggu anda sekali lagi akan diisi dengan aksi bola sepak Liga Super 2023 dan untuk minggu kelapan ini akan bermula dengan pertemuan antara Terengganu FC dan Kuching City FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 9 April 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Nampaknya sekali lagi stadium ini menjadi saksi aksi pasukan tuan rumah berdepan dengan pasukan lawan pada kali ini. Ianya merupakan kali ketiga Terengganu mendapat peluang bermain di halaman sendiri dan kesemuanya sebelum ini diambil peluang sebaiknya dengan meraih kemenangan.

Walapun bermula agak perlawanan pada awal musim, Terengganu kini sudah membuka langkah dan sudah berjumpa rentak bagi untuk terus bersaing dalam liga tertinggi di Malaysia ini. Demi kemenangan dikecapi dan jika ianya berterusan untuk perlawanan ini, pastinya menjadikan kemenangan ketiga berturut-turut untuk skuad Penyu.

Pada minggu lalu, Terengganu sepertinya melepaskan geram yang selama ini terbuku dihati apabila menang ke Kelantan dalam derby Pantai Timur. Yang paling best, Terengganu menang dengan bergaya apabila meledak sehingga lima gol tanpa balas.

Berbeza pula dengan nasib Kuching City. Jika dilihat dalam lima perlawanan terakhri sebelum ini hanya ada merah dan biru sahaja iaitu empat kali kekelahan dan hanya seri sekali pada minggu lalu, itupun ketika bertemu dengan pasukan tercorot kini iaitu Kelantan United walaupun ketika itu beraksi di halaman sendiri.

Jika perbandingan dibuat antara kedua-dua pasukan, Kuching City yang kini berada di tangga kedua belas hanya berjaya kutip 4 mata sahaja. Manakala Terengganu yang kini sedang meningkat naik berada di tangga keenam dengan 10 mata dalam tujuh perlawanan.

Ikut rekod dan statistik semasa, Terengganu tidak punyai masalah untuk menjinakkan pasukan yang berpengkalan di Sarawak tersebut. Tambahan pula apabila bermain di halaman sendiri dan ditambah dengan sokongan daripada penyokong yang hadir.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Pemain kini sudah bersedia. Adakah anda penyokong setia Terengganu sudah bersedia untuk aksi kali ini? Adakah anda sudah dapatkan tiket untuk datang ke stadium pada hari perlawanan tersebut? Mereka perlukan anda, sokongan anda bagi meneruskan momentum kemenangan tersebut.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online melalui pautan www.tickethotline.com.my dengan harga RM20.00 untuk tiket terbuka bagi semua zone dan RM10.00 untuk tiket kanak-kanak. Manakala untuk tiket fizikal, anda boleh mula beli pada hari perlawanan di perkarangan stadium di kaunter A dan C.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Kuching City

Jika anda tidak berhajat untuk menonton di stadium atau tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau! Kerana perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung di kaca tv, jadi anda boleh saksikannya di rumah iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 3 807 atau secara online di Astro Go.

Sebagai alternatif lain, perlawanan ini turut akan disiarkan secara live streaming sama tonton di platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau pas bulanan dengan harga RM28.90 sahaja.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Kuching City Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Terengganu FC vs Kuching City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS8 yang mana ianya akan berlangsung pada 9 April ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini selepas habis permainan 90 minit yang berlangsung pada malam tersebut. Akan dipaparkan jaringan gol dan senarai penjaring.

9 April 2023 (Ahad)

FT : Terengganu (2) - (0) Kuching City

  • Jordan Mintah 22', 53'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post