Siaran Langsung Live Terengganu vs Melaka Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Terengganu vs Melaka Piala FA 2023

Berehat sebentar daripada Liga Super, minggu ini semua fokus kepada kejohanan Piala FA 2023 dan antara perlawanan yang bakal berlangsung adalah pertemuan antara Terengganu FC dan Melaka FC yang mana ianya akan berlangsung pada 14 April 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Sebanyak 16 pasukan yang masih tinggal bagi meneruskan aksi Piala FA 2023 di pusingan 16 (pusingan kedua) terbaik yang melibatkan 8 perlawanan kesemuanya iaitu 12 pasukan daripada Liga Super dan 4 pasukan daripada Liga M3.

Sepatutnya Melaka bermula pada pusingan pertama, tetapi pasukan tersebut mendapat 'bye' dan terus mara ke pusingan kedua dengan bertemu Terengganu setelah undian dibuat pada bulan Februari yang lalu. Pastinya tugas sukar untuk pasukan daripada liga amatur.

Jika dilihat daripada prestasi semasa untuk kedua-dua pasukan sepertinya tidaklah terlalu ketara perbezaanya tetapi pastinya dipisahkan dengan kualiti sesebuah liga tersebut. Kelebihan sudah tentu kepada pasukan yang berada di liga yang lebih berkualiti iaitu Liga Super.

Walaupun begitu, Terengganu pastinya tidak akan memandang rendah kepada pasukan lawan dimana pelbagai kemungkinan pun boleh berlaku ditambah pula dengan beberapa pemain ternama juga kini berada bersama Melaka yang pastinya mampu memberikan sesuatu dalam perlawanan tersebut.

Untuk rekod, Terengganu telah memenangi Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan 2011 dan merupakan naib juara untuk edisi lalu dimana perlawanan tersebut mereka tumpas kepada JDT dengan jaringan 1-3.

Manakala Melaka yang telah melalui beberapa peringkat 'evolusi' masih belum kecapi kejuaraan sejak kejohanan ini diadakan pada tahun 1990. Pencapaian terbaik pasukan tersebut adalah berjaya mara sehingga ke suku akhir pada tahun 2018.

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu pemenang antara Kelantan dan Manjung di peringkat Suku Akhir. Pertembungan tersebut juga bakal berlangsung pada hari dan waktu yang sama iaitu bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Orang-orang Terengganu jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium pada hujung minggu ini bagi menyaksikan perlawanan ini sekali gus memberikan sokongan yang padu kepada barisan pemain yang berada di atas padang.

Tiket masuk juga kini sudah boleh mula dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my yang dijual dengan harga RM20.00 untuk tiket dewasa dan RM10.00 untuk tiket kanak-kanak. Tiket fizikal juga akan dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Terengganu vs Melaka

Untuk yang ingin menyaksikan perlawanan, jangan lupa untuk saksikan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Anda boleh juga tonton secara online di platform rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi RTM Klik.

Selain itu, anda juga boleh live streaming perlawanan ini iaitu menerusi web sooka.my atau aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan harga RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan Liga Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Melaka Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Terengganu FC vs Melaka FC untuk aksi Piala FA 2023 pusingan 16 yang mana ianya akan berlangsung pada 14 April ini, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Perlawanan ini tiada timbal balik. Jika pemenang tidak dapat ditentukan dalam tempoh perlawanan sebenar, ianya akan dilanjutkan dalam masa tambahan dan sehinggalah sepakan penalti. Maka keputusan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan.

14 April 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (4) - (0) Melaka

  • Ivan Mamut 5'
  • Hakimi Abdullah 71'
  • Jordan Mintah 82', 90+3'

*Terengganu berjaya mara ke pusingan Suku Akhir bertemu Kelantan

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : TV Okey, Sukan RTM & Astro Arena
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post