Siaran Langsung Live Terengganu vs Sri Pahang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Terengganu vs Sri Pahang Liga Super 2023

Salah satu daripada tiga perlawanan yang diadakan pada hari kedua, minggu kesepuluh Liga Super 2023 adalah pertemuan antara Terengganu FC dan Sri Pahang FC dimana ianya akan berlangsung pada 28 April 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Ini pastinya menjadi perlawanan tumpuan untuk hari ini yang mana mempertemukan dua pasukan gergasi Pantai Timur sekali gus tercetusnya Derby East Coast yang pastinya bakal menjanjikan corak permainan yang terbaik.

Terengganu pastinya tidak mahukan kekalahan sebelum ketika berhadapan dengan Selangor daripada berulang. Mereka bermula baik sebelum itu apabila sudah peroleh tiga kemenangan berturut-turut dan secara tiba-tiba tumbang ketika bertandang di Petaling Jaya.

Terengganu kini juga dalam kedudukan kelapan liga selepas mengarungi sembilan perlawanan. Daripada itu, mereka sudah menang empat perlawanan, tewas empat perlawanan dan satu dengan keputusna seri. Kini telah berjaya meraih 13 mata kesemuanya.

Berbeza dengan pasukan Sri Pahang yang mana setakat ini beraksi dengan cemerlang walaupun menerima kritikan terhadap corak permainan yang tidak memuaskan. Tetapi itulah hakikat, apabila walaupun tidak bermain cantik, tapi kini menjadi salah satu pasukan Liga Super yang masih belum tewas.

Jika dilihat dalam rekod lima perlawanan terakhir mereka pun, skuad Tok Gajah hanya keciciran dua masa sahaja iaitu ketika bertemu Kedah. Untuk empat perlawanan lain, kesemuanya berakhir dengan kemenangan.

Atas kertas dan berpandukan prestasi semasa, perlawanan ini pastinya berkelebihan kepada Sri Pahang untuk mencapai kemenangan keempat berturut-turut pula. Tapi inilah kelainan derby apabila pelbagai perkara boleh berlaku.

Terengganu yang berkelebihan bermain di tempat sendiri mungkin menjadi pasukan pertama yang berjaya mengalahkan Sri Pahang dalam aksi Liga Super. Atau rekod tersebut tetapi terus disimpan dengan rapi yang mana mungkin Sri Pahang akan memberikan kejutan kepada pasukan tuan rumah.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi demi mencari kemenangan, penyokong tuan rumah terutamanya yang berada di Gong Badak dan Kuala Terengganu perlu untuk turun beramai-ramai ke stadium bagi memberi sorakan semangat kepada para pemain.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium bermula pada hari perlawanan sahaja.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Sri Pahang

Untuk penonton yang tidak sempat hadir untuk stadium, anda boleh saksikan aksi Liga Super ini yang ditayangkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Selain daripada itu, anda juga boleh tonton online atau live streaming perlawanan ini menerusi platform web sooka.my atau menggunakan aplikasi mudah alih. Tidak perlu kepada langganan dan anda boleh saksikan secara percuma sahaja.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Sri Pahang Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Terengganu FC vs Sri Pahang FC untuk aksi Liga Super 2023 LS10 yang mana ianya akan berlangsung pada 28 April ini, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Disini akan dipaparkan bilangan jaringan gol serta nama penjaring bagi kedua-dua pasukan jika ada.

28 April 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (1) - (2) Sri Pahang

  • Kpah Sherman 31'
  • Ivan Mamut 39'
  • Nor Azam Azih 68'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post