Telefilem Diari Chinta Di Astro Ria

Telefilem Diari Chinta Di Astro Ria

Saksikan telefilem Diari Chinta yang akan menemui penonton pada 24 April 2023 (raya ketiga), bersiaran pada hari Isnin, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Syawal ini merupakan terbitan syarikat produksi Ragalia Connexion, diarahkan oleh Hadit Omar dengan nukilan skrip bersama daripada Srikandi Emma dan Seri Dewi.

Sinopsis Telefilem Diari Chinta

Telefilem Diari Chinta menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir, Tracie Sinidol, Yuna Rahim, Muazmeer Mohsin, Nur Shahida, Arinin Hafiz, Haik Hani, Muhammad Anaz, Nur Shakira dan ramai lagi.

  • Tracie Sinidol sebagai Chinta
  • Ben Amir sebagai Ben
  • Yuna Rahim sebagai Juita

Ianya mengisahkan tentang Chinta yang selalu gagal dalam kisah cintanya kini diberikan sebuah diari ajaib untuk menulis babak cinta yang diidamkan oleh seorang nenek misteri.

Impian yang ditulis Chinta itu menjadi kenyataan dengan kemunculan Ben namun tidaklah selancar yang disangka. Pelbagai kejadian ganjil yang berlaku setiap kali babak cinta itu dilaluinya.

Obsesi Chinta pada diari tersebut akhirnya membawa kepada kekecewaan yang lebih parah apabila mengetahui Ben adalah tunangan orang yang juga memiliki diari yang sama seperti Chinta.

Telefilem Diari Chinta Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post