Telefilem Hello Suri Di TV3

Telefilem Hello Suri Di TV3

Saksikan telefilem Hello Suri yang akan menemui penonton pada 27 April 2023 (raya keenam), bersiaran pada hari Khamis, jam 2.00 petang menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem seram komedi yang dibawakan sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Sinopsis Telefilem Hello Suri

Telefilem Hello Suri menampilkan barisan pelakon seperti Sophia AlBarakbah, Syazwan Zulkifly, Black Hanifah, Nadia Brian, Usop Wilcha, Fauzi Nawawi, Wanns Ahmad, Dayang Areeda dan ramai lagi.

  • Sophia AlBarakbah sebagai Suri
  • Syazwan Zulkifly sebagai Amir
  • Black Hanifah sebagai Husin
  • Fauzi Nawawi sebagai Fikri
  • Nadia Brian sebagai Tini
  • Dayang Areeda sebagai Juwita

Ianya tentang Amir iaitu seorang pemuda kampung yang sering bernasih malang dan akhirnya telah dibuang dari kampungnya sendiri akibat salah sangka orang sekeliling.

Dia juga terpaksa memutuskan hubungan dengan Juwita. Ketika dalam perjalanan, Amir menemui telefon bimbit yang masih berfungsi dengan baik.

Suri iaitu pemilik kepada telefon tersebut dikatakan telah meninggal dunia dan muncul di hadapan Amir dan Usin yang mana Suri berjanji akan memenuhi impian mereka.

Telefilem Hello Suri Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post