Telefilem Maaf Terakhir Di TV3

Telefilem Maaf Terakhir Di TV3

Saksikan telefilem Maaf Terakhir yang akan ditayangkan pada 22 April 2023 (raya pertama), bersiaran pada hari Sabtu jam 2.00 petang menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang dibawakan khas sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., iarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi Mohd Fazli Yahya a.k.a Pali Yahya serta nukilan skrip daripada PGRs Team

Sinopsis Telefilem Maaf Terakhir

Telefilem Maaf Terakhir menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Normah Damanhuri, Nabila Huda, Ashraf Muslim, Ni Ramli Rejab, Fadzil A Aziz, Badrul Sham Harun, Rosnah Idris dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai Zaki
  • Normah Damanhuri sebagai Siti
  • Nabilah Huda sebagai Midah
  • Ashraf Muslim sebagai Ustaz Raffi

Ianya mengisahkan tentang Zaki yang sangat mementingkan keberkatan daripada ibunya, Siti. Setiap hari Zaki akan meminta maaf dan mahu ibunya mendoakannya.

Namun segalanya berubah apabila Zaki bertemu dengan Ustaz Raffi yang mempunyai ramai pengikut. Dia mula ingkar arahan ibunya serta melakukan pekara yang tidak baik demi harta dunia. Masih adakah maaf terakhir untuknya?

Telefilem Maaf Terakhir Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post