Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku Di TV9

Telefilem Masikah Ada Raya Buatku Di TV9

Saksikan telefilem Masihkah Ada Raya Buatku yang akan menemui penonton pada 28 April 2023 (raya ketujuh), bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem raya yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi KL Motion Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dengan nukilan skrip bersama daripada Hafiz Yusuf dan Baizura Kahar.

Sinopsis Telefilem Masikah Ada Raya Buatku

Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku menampilkan barisan pelakon seperti Nad Zainal, Dato' Fizz Fairuz, adik Qaseh Shuhada, adik Hadi Putra, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.

  • Fizz Fairuz sebagai Zul
  • Nad Zainal sebagai Azura
  • Qaseh Shuhada sebagai Zara
  • Hadi Putra sebgai Zabil
  • Haeriyanto Hassan sebagai Pak Tam

Ianya mengisahkan tentang Zul yang tidak lagi menyambut Hari Raya semenjak isterinya, Azura menghidap penyakit strok dan lumpuh separuh badan.

Kehidupan Zul ditumpukan sepenuhnya bagi menjaga isteri dan membesarkan anak-anaknya di samping melakukan pelbagai pekerjaan harian demi menyara keluarganya.

Walaupun lumpuh dan menghidap penyakit, Azura bagaimanapun meluahkan hasratnya untuk berpuasa seperti dulu, tetapi Zul tidak mengizinkan kerana bimbang tahap kesihatan isterinya itu.

Sehinggakan Zul kadang-kadang mengeluh dan merasakan isterinya hanya perlu duduk di rumah agar tidak menyusahkannya dan anak-anak. Walaupun anak-anaknya itu masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.

Tanpa disedari anak-anaknya yang kecil dan tidak mengerti tentang masalah yang dihadapi ayahnya itu bagaimanapun, berjaya membuat Zul berubah fikiran

Bukan itu sahajaa, Zul juga mula menerima hakikat bahawa kecacatan yang dialami isteri tercintanya itu bukanlah penghalang ataupun beban dan mereka juga layak untuk merasai kemanisan Ramadan dan keindahan syawal.

Telefilem Masikah Ada Raya Buatku Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post